Wednesday, November 18, 2026

DKS... TVETMARA MJII CEMERLANG DI PENTAS INOVASI ANTARABANGSA! 🇲🇾

 


















🏆 TVETMARA MJII CEMERLANG DI PENTAS INOVASI ANTARABANGSA! 🇲🇾


🥇 2 EMAS | 🥈 2 PERAK | 4 PROJEK INOVASI


Syabas dan tahniah kepada barisan pensyarah serta pelajar Jabatan Robotik dan Automasi, TVETMARA MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII) atas kejayaan meraih 2 pingat emas dan 2 pingat perak dalam pertandingan International Materials Technology Challenges (iMTC 11.0) / Innocréative Technology Challenges (ICTC 4.0) 2026.


📅 4 November 2026

📍 Anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM)

💻 Penyertaan secara dalam talian


🚀 EMPAT PROJEK INOVASI YANG DIPERTANDINGKAN:


🔹 Intelligent Electric Wheelchair with Head-Gesture Control and Curb Detection

🔹 Anti-Bullying System

🔹 Automated Urine Bag Monitoring System

🔹 Dolomite Powder Spreader Robot


Kejayaan ini membuktikan keupayaan pensyarah dan pelajar Jabatan Robotik dan Automasi dalam mengaplikasikan kemahiran teknikal, kreativiti serta teknologi bagi menghasilkan inovasi yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat dan industri.


👏 Tahniah kepada seluruh pasukan! Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berimpak tinggi.


💡 BUKAN SEKADAR MENGUASAI TEKNOLOGI, TETAPI MENCIPTA PENYELESAIAN UNTUK MASA DEPAN!

by sensei Dzulhizam

No comments:

Post a Comment