Wednesday, July 28, 2010

KKTMB...Pusat Pemilihan MARA


28hb Julai 2010, seramai 200 orang pegawai MARA gred 44 dan 48 dari seluruh Malaysia berkumpul di KKTM Beranang untuk menghadiri Assessment MARA.

Ianya adalah salah satu program kendalian Bahagian Sumber Manusia MARA. Program ini adalah untuk pemilihan kenaikan pangkat dari gred 44 kepada gred 48 dan dari gred 48 kepada gred 52.


Kepada semua tetamu, semoga dapat manjalani program ini dengan selesa, Selamat Datang dan Selamat Berkursus.

Friday, July 23, 2010

KKTMB...Menawan Bukit Broga


22hb Julai 2010, Ahli Persatuan Aikido KKTM Beranang seramai 21 orang telah berjaya menawan Bukit Broga.

Ekspedisi diketuai oleh Zaid sensei dan Norhafiza sensei. Rombongan mula menaiki bukit jam 2.30 petang dan sampai di puncak jam 3.15 petang.

Di dalam ekspedisi ini, ahli-ahli nampaknya sungguh bersemangat dan saling bantu-mambantu antara satu sama lain. Di sini juga dapat diperhatikan kesungguhan, keazaman dan nilai-nilai kerja berpasukan.

Tahniah kepada Ahli-ahli Aikido KKTM Beranang kerana berjaya menawan puncak Bukit Broga dan diharapkan selepas ini mereka akan menawan gunung-gunung pula. Omedetou gozaimashita.

Layari youtube : search for : KKTM Beranang, mjii, aikido KKTM Beranang untuk video pengembaraan tersebut.

Monday, July 12, 2010

KKTMB...Melawat Ubaidullah sensei



11hb Julai 2010, Ustaz Abdusamad, Yuraimi Yakimin Sensei dan Ja'aris Sensei telah meluangkan masa melawat Ubaidullah sensei di Hospital Universiti Kebangsaaan Malaysia (HUKM).

Beliau berada di wad untuk menjalani pembedahan merawat mata kirinya. Turut berada di sisi beliau ialah isteri beliau.

Didoakan mata beliau akan segera sembuh dan cepat kembali bertugas.

Friday, July 9, 2010

KKTMB...Melawat Azmin Sensei...


8hb Julai 2010, Azmin sensei telah seminggu dimasukkan ke dalam wad di Hospital Selayang akibat jangkitan kuman.

Beberapa orang kakitangan telah menziarahi beliau sepanjang beliau berada di wad tersebut.

Hari ini, kami sempat menziarahi beliau yang terdiri oleh Ahmado sensei, Anas, Zaid, Ja'aris dan Halimaton sensei. Turut datang menziarahi ialah Rosnani sensei, Ismail, Suhana, Hamimi dan Norizam sensei.

Kepada Azmin sensei...odaijini...semoga cepat sembuh, anak - anak mu ramai yang menanti kepulangan mu...

Saturday, July 3, 2010

KKTMB...Majlis Perpisahan Pensyarah


02hb Julai 2010, satu majlis perpisahan dan meraikan mereka yang akan berpindah dari KKTM Beranang telah diadakan.

4 orang pensyarah yang akan berpindah ialah Saipul Asmin Tumin sensei yang akan berpindah ke KKTM Kuantan, Zakinah sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang (sementara di MARA KL), Khairul Anuar sensei akan berpindah ke KKTM Masjid Tanah dan Rasudden sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang. Seorang lagi kakitangan yang berpindah ialah Pn. Norbashirah (kerani HEP) yang berpindah ke MARA KL.

Pepindahan semua sensei tersebut adalah atas dasar kenaikan pangkat iaitu Ketua Kursus di tempat masing-masing. Kepada mereka semua, ganbatte kudasai ne.

Majlis turut diserikan lagi dengan jamuan nasi beriyani yang ditaja oleh rakan-rakan sekerja yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2009 iaitu Pn. Norsuzana, Pn Siti Hawa, Pn. Wan Faridah, En. Azmin, En. Khairul Anuar, En. Rasaudden dan Tn. Hj. Nuriman. En. Ab Alias dan En. Saipul juga turut menyumbang untuk memeriahkan lagi jamuan tersebut. Terima kasih daun keladi...

Sedih dan sayu untuk berpisah dengan rakan-rakan sekerja, terutama bila teringat kenangan bersama-sama di Jepun dahulu. Patah tumbuh hilang berganti..

Kalau rindu pada kami di KKTMB @ MJII ini...jenguk-jenguklah laman blog ini.

Selamat berjaya...