Sunday, May 22, 2011

KKTMB...hadiah buku...



Masih ingat pada Sayako san? Baru-baru ini, rakan KKTM beranang dari Jepun ini telah menghadiah beberapa naskah buku Bahasa Jepun untuk diletakkan di Perpustakaan Shizuoka KKTM Beranang.

Tujuannya adalah untuk pelajar-pelajar KKTMB membacanya untuk tujuan pembelajaran bahasa Jepun. Dua tajuk buku tersebut ialah "Black Jack" dan "Spirit Away".

Diharapkan para pelajar dapat menggunakan buku-buku tersebut untuk mempertingkat penguasaan Bahasa Jepun masing-masing.

Kepada Sayako san...arigatou gozaimashita..

Saturday, May 21, 2011

KKTMB...Ceramah Pencegahan Kebakaran




13hb Mei 2011, satu ceramah bertajuk Fire Prevention Awereness telah diadakan kepada kakitangan KKTM Beranang.

Ceramah disampaikan oleh Encik Ken Eng dari Fire Prevention Center iaitu sebuah NGO yang memberikan kesedaran dan ceramah mengenai bahaya kebakaran secara percuma di Malaysia.

Friday, May 20, 2011

KKTMB...Datang dan Pergi...

16hb Mei 2011, KKTM Beranang kehilangan seorang pelajarnya iaitu saudara Muaddib bin Mustapher.

Beliau adalah pelajar semester 2 kursus embedded system. Al-fatihah kepada roh beliau.

sambungan berita di www.embeddedkktmb.blogspot.com

Thursday, May 12, 2011

KKTMB...Hari Pembentangan Final Year Project 2




12hb Mei 2011, telah diadakan sesi pembentangan Final Year Project 2 pelajar semester 5 KKTM Beranang.

Sebanyak 14 hasil projek telah dibentangkan dan setakat ini 13 projek telah mencapai objektif dan berfungsi dengan jayanya.

Kepada pelajar-pelajar semester 5...omedetou...bolehlah pergi Latihan Industri dengan senang hati.
Gambar-gambar akan dimuat naik di webblog www.kktmberanang2.blogspot.com

Tuesday, May 10, 2011

KKTMB...Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2011




05hb Mei 2011, satu Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2011 anjuran Kementerian Sumber Manusia telah berlansung di Putrajaya. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

KKTM Beranang bersama beberapa IKM dan KKTM lain sempat membuka tapak pameran di majlis itu. Wakil KKTM Beranang diketuai oleh Mohd Radzi sensei.

Beliau diiringi oleh pelajar-pelajar KKTM Beranang iaitu Zulhelmi, Nafis, Taufik dan Norhalis. Masing-masing mempamerkan hasil projek subjek microcontroller mereka.

Wednesday, May 4, 2011

KKTMB...Bengkel Cement Ferro




04hb Mei 2011, Kakitangan KKTM Beranang sempat mengadakan bengkel kerja cement ferro. Bengkel dikendalikan oleh En. Fuad dan dihadiri oleh kakitangan pentadbiran. Encik Fuad adalah kakitangan MARA di MRSM Kuala Kelewang, Negeri Sembilan.