BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN GARIS PANDUAN NEW EMERGING TECHNOLOGY (NET) BIL. 1/2026
📍 TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor
📅 28 hingga 30 Oktober 2026
TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Garis Panduan New Emerging Technology (NET) Bil. 1/2026 yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, turut meluangkan masa untuk bersama-sama peserta pada hari pertama bengkel sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini. Selain itu, Pn. Noor Hakima binti Ahmad turut berkesempatan bersama-sama peserta pada hari terakhir bengkel.
Bengkel selama tiga hari ini bertujuan untuk membangunkan dan memurnikan draf garis panduan pelaksanaan teknologi baharu secara komprehensif. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, termasuk perbincangan kumpulan, pembentangan hasil perbincangan, semakan standard teknikal serta penyelarasan dokumen induk bagi memastikan garis panduan yang dibangunkan bersifat sistematik, relevan dan berdaya laksana.
Program ini telah menghimpunkan peserta daripada pelbagai institusi latihan kemahiran di bawah kementerian dan agensi berkaitan, termasuk CIAST, Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM), ADTEC JTM Kampus Taiping, Kuala Lumpur dan Mersing, Politeknik Banting, Politeknik Melaka, Politeknik Seberang Perai, TVETMARA MJII, TVETMARA Lumut, TVETMARA Kuantan, TVETMARA Sik serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Penganjuran bengkel ini mencerminkan semangat kerjasama dan perkongsian kepakaran dalam memperkukuh ekosistem TVET negara, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi baharu yang semakin pesat.
Selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk memperkukuh institusi ini sebagai pusat kecemerlangan TVET, penganjuran program seperti ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada TVETMARA MJII untuk menjadi pusat pilihan bagi pelaksanaan kursus dan program berkaitan teknologi baharu. Usaha ini juga diharapkan dapat memperluas jaringan kerjasama dengan pemain industri serta institusi berkaitan pada masa hadapan.
Terima kasih kepada CIAST atas kepercayaan memilih TVETMARA MJII sebagai lokasi penganjuran, serta kepada semua peserta dan pihak yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini.
Bersama Memacu Kecemerlangan TVET dan Mendepani Teknologi Masa Hadapan!
by sensei Rahman



.jpeg)

.jpeg)

No comments:
Post a Comment