Sunday, September 30, 2012

MJII...Japanese Camp

Norilawati sensei sempat mengadakan satu hari Japanese Camp dalam usaha beliau untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajarnya untuk subjek Nihon go. Beliau dibantu oleh ahli-ahli MPP.

Saturday, September 29, 2012

MJII...Language Lab

Semasa meronda-ronda bersama juru audit MPC terserempak dengan adik-adik JAD sedang membuat pembentangan di Language Lab MJII.

Saturday, September 22, 2012

MJII...English Class...

20hb September 2012, sempat menjengok kelas Haneda yang sedang meriah membuat role play sebagai salah satu penilaian bagi subjek tersebut kendalian Teacher Helmi Heli .

Friday, September 21, 2012

KKTM Beranang....Kelahiran semula MARA - Japan Industrial Institute ( MJII )

21hb September 2012, Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan penjenamaan semula Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang kepada MARA - Japan Industrial Institute. Laporan dari Akhbar Utusan Malaysia jam 9.00 malam tadi... Kolej Kemahiran Tinggi Mara dijenamakan semula TOKYO 21 Sept. - Kabinet pada Rabu lepas meluluskan penjenamaan semula Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Beranang, Selangor sebagai Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII). Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan perkara itu berkata ia satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada negara. "Saya yakin penjenamaan semula ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dan syarikat-syarikat Jepun, termasuk yang berada di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat. Mohd Shafie melakukan lawatan kerja lima hari ke Jepun mulai semalam. Beliau berkata jumlah pelaburan antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pendidikan dianggarkan berjumlah kira-kira RM880 juta. Mohd Shafie menarik perhatian bahawa kira-kira 900 pelajar tajaan Mara kini melanjutkan pengajian mereka di Jepun di peringkat ijazah dalam bidang perindustrian. Mereka ditempatkan di 15 universiti tersohor Jepun yang mempunyai hubungan kerjasama dengan Yayasan Pelajaran Mara (YPM). - BERNAMA

Wednesday, September 12, 2012

KKTMB...Program Tanam Pokok dan Pertukaran Budaya

sambungan...aktiviti MARA OISCA KKTM Beranang di MRSM Taiping....bersama pelajar-pelajar dari Jepun.

KKTMB...Program Tanam Pokok dan Pertukaran Budaya

Para pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang telah menyertai program tanam pokok bakau dan pertukaran budaya Malaysia-Jepun pada 10 dan 11 September 2012. Program ini telah berlangsung di MRSM Taiping dan Jabatan Hutan, Kuala Sepetang. Berita dan gambar dari Helmi sensei...arigatou gozaimashita

KKTMB...Jamuan Raya Perdana MARA 2012

sambungan...jemputan-jemputan yang hadir disamping Dato' Seri Hj Mohd Shafie Afdal.

KKTMB...Jamuan Raya Perdana MARA 2012

sambungan...suasana sekitar KKTM Beranang...

KKTMB...Jamuan Raya Perdana 2012

Diserikan dengan pelbagai hiburan oleh warga MARA.