Tuesday, December 21, 2010

KKTMB...Training in Japan 2010




20hb Disember 2010, kumpulan kedua pensyarah-pensyarah KKTM Beranang telah bertolak ke Jepun untuk menjalani latihan di sana.

Pengarah KKTM Beranang, Tuan Hj Wan Sabri dan Timbalan Pengarah HEA Tuan Hj Nuriman berkesempatan menghantar rombongan ke Lapangan Terbang KLIA.

Diketuai oleh Puan Siti Nor Binti Abd Rani, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar KKTM Beranang. Rombongan akan mendarat di Lapangan Terbang Narita, Tokyo.

Mereka akan berada di sana selama 6 minggu untuk mengikuti latihan pembudayaan Jepun.

Saturday, December 11, 2010

KKTMB...Hari Terakhir



10hb Disember 2010, ialah hari terakhir bagi Puan Rosnani dan Haji Azmin bertugas di KKTM Beranang.

Mereka akan bertugas di tempat baru minggu hadapan. Haji Azmin akan bertugas sebagai Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik di KKTM Balik Pulau dan Puan Rosnani akan berkhidmat sebagai Pengarah Unit Penyelidikan MARA KUala Lumpur.

Mina san Ganbatte kudasai.

Thursday, December 9, 2010

KKTMB...Hari Inovasi 2010




08hb Disember 2010, KKTM Beranang telah mengadakan HAri Inovasi yang dirasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Selangor, Encik Mohd Razlan.

Sunday, December 5, 2010

KKTMB...MAHA 2010




05hb Disember 2010, KKTM Beranang telah mengadakan lawatan ke MAHA 2010. Rombongan diketuai oleh Norizam Sensei.

Saturday, December 4, 2010

KKTMB...Lawatan ke RoboFair 2010




04hb Disember 2010, Pensyarah Embedded System Zaid sensei dan Jaa sensei sempat mengadakan lawatan ringkas ke tapak pameran RoboFair 2010 di Shah Alam Convention Center.

KKTMB...Kemaskini blog...

semua isi kandungan blog ini akan cuba dipindahkan ke webblog yang baru...
sila ke www.kktmberanang2.blogspot.com

ini adalah untuk mewujudkan satu platform information sahaja...

Wednesday, December 1, 2010

Tuesday, November 30, 2010

KKTMB...Pre Audit 5S oleh Wakil MPC hari kedua




30hb November 2010, Lawatan Pre audit untuk hari yang kedua telah selesai dilaksanakan oleh Encik Rashid dari MPC.

Pada hari ini, beliau dibawa melawat Zon Riadah, Penginapan Pelajar Lelaki, Penginapan Pelajar Perempuan dan Garaj Bas.

Di dalam lawatan tersebut, didapati asrama perempuan KKTM Beranang telah membuat persediaan yang sangat rapi. Encik Rashid telah memberikan kredit yang sangat tinggi kepada pelajar-pelajar perempuan dan meminta agar ianya dicontohi oleh pelajar-pelajar lelaki pula.

pada jam 3.00 petang, satu sesi pembentangan rumusan telah disampaikan oleh Encik Rashid dan di dalam rumusan beliau, KKTM Beranang mendapat keputusan memuaskan dan bersedia untuk Audit sebenar bai tujuan Persijilan 5S.

Monday, November 29, 2010

KKTMB...Pre Audit 5S oleh Wakil MPC





29hb November 2010, seorang wakil dari MPC telah dijemput untuk menjalankan pre Audit ke atas persiapan persijilan 5S yang telah dilaksanakan oleh KKTM Beranang.

Beliau ialah Encik Rashid dari Unit Latihan 5S MPC. Lawatan beliau dimulakan dengan taklimat persijilan 5S oleh Unit Pemandu 5S KKTM Beranang yang diketuai oleh Alias Sensei dan setiausaha beliau Puan Fatma Syazana.

Seterusnya Encik Rashid telah melakukan lawatan ke zon-zon 5S yang telah ditetapkan bermula dengan zon D1 iaitu Pentadbiran.

Selepas rehat tengahari, lawatan seterusnya ialah ke Perpustakaan Shizuoka dan diterusnya ke stor pusat, bahagian Akademik dan bengkel.

Lawatan selesai pada jam 5.30 petang dan akan bersambung esok untuk lawatan ke asrama pelajar dan zon riadah. Diharapkan segala teguran dan cadangan dari Encik Rashid dapat membantu pihak KKTM Beranang memperoleh persijilan 5S.

Kepada warga KKTM Beranang...ganbatte kudasai...

Friday, November 26, 2010

KKTMB...Jamuan Perpisahan...






26hb November 2006, Badan Kebajikan Kakitangan KKTMB telah mengadakan jamuan perpisahan untuk empat orang staff KKTMB yang akan berpindahtugas ke tempat baru.

Mereka ialah Azmin Sensei yang akan bertugas di IKM Jasin sebagai Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik), Rosnani Sensei yang akan bertugas di KKTM Masjid Tanah sebagai Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik), Cik Iylia yang akan bertugas di Bahagian Sumber Manusia MARA Kuala Lumpur dan Mohd Faiz yang akan bertugas di Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat MARA KUala Lumpur.

Bagi pihak KKTM Beranang, semoga rakan-rakan kita ini akan lebih berjaya di tempat baru nanti. Ganbatte kudasai...

KKTMB...Program Technoprenuer KKTM PJ




26hb November 2010, satu Seminar Technoprenuer telah diadakan di KKTM PJ dan KKTM Beranang telah dijemput untuk menyertai seminar tersebut.

Memandangkan di KKTM Beranang sedang menjalankan peperiksaan akhir dan majlis jamuan perpisahan untuk staff yang akan berpindah juga dijalankan pada hari ini, maka KKTM Beranang hanya menghantar 2 orang pensyarah sahaja ke seminar tersebut iaitu Zaid Sensei dan Jaa Sensei.

Antara penceramah yang dijemput ialah Encik khir Ariffin seorang Ushawan IT, Encik Ahmad Mahmood pensyarah UPSI dan Encik Sharul Affendy Janudi juga seorang pensyarah UPSI.

Friday, November 12, 2010

KKTM Beranang...Ahli Majlis Perwakilan Pelajar 2011.





12hb November 2010, pada hari ini bersempena dengan Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang, telah diumumkan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar KKTM Beranang bagi tahun 2011 akan datang.

Ianya adalah berdasarkan keputusan pilihanraya pelajar yang lakukan pada 28hb Oktober yang lalu.

Berikut adalah beberapa nam Ahli MPP yang baru :-

1. Presiden - Ahmad Faisal bin Ahmad Zaki
2. Timbalan Presiden - Zulhilmi bin Mohd Fauzi
3. Setiausaha 1 - Mohd Syazni
4. Setiausaha 2 - Mubinah bte Abdul Wasei

beserta 10 orang ahli exco merangkap wakil dari setiap kursus.

Diharapkan ahli MPP bagi tahun hadapan akan lebih cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

KKTMB...Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang






12hb November 2010, bertempat di Dewan Besar Hyogo, satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah dijalankan.

Majlis ini adalah untuk menyampaikan penghargaan daripada pihak kolej kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aktiviti yang dilangsungkan samada yang dianjurkan oleh pihak kolej, MARA atau lain-lain.

Majlis dihadiri Pengarah, Timbalan-Timbalan pengarah, Ketua-ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah, mantan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Ahli baru MPP dan pelajar-pelajar KKTM Beranang.

Antara anugerah yang disampaikan ialah,
1. Anugerah Pengarah (GPA 3.5 ke atas bagi sesi januari jun 2010)
2. Anugerah Kecemerlangan (GPA 3.0 ke atas bagi sesi januari jun 2010)
3. Anugerah Pengguna Aktif Perpustakaan
4. Sijil Penghargaan Penyertaan Pertandingan Berakit 2010
5. Anugerah Pembentang Projek Terbaik Microcontroler Geek Matsuri
6. Anugerah Usahawan Harapan
7. Sijil Penghargaan AJK pelaksana Microcontroller Geek Matsuri.
8. Sijil Penghargaan AJK pelaksana Kelab Aikido

Thursday, November 11, 2010

KKTMB...Ceramah Motivasi Peperiksaan




11hb November 2010, bertempat di Surau Riyadus Solihin KKTM Beranang, satu sesi Ceramah Motivasi Menghadapi Peperiksaan Akhir telah disampai oleh Encik Zaliazam Bin Mohamad.

Encik Zaliazam adalah seorang Kaunselor di Universiti Putra Malaysia.

Kandungan ceramah adalah berkaitan persediaan diri menghadapi peperiksaan secara mental dan fizikal.

Ianya penting untuk mengelakkan diri daripada menerima gangguan stress ketika menghadapi peperiksaan.

Bagi pihak KKTM Beranang, terima kasih kepada Encik Zaliazam atas nasihat dan tunjuk ajar dari beliau. Arigatou Gozaimashita.

Wednesday, November 10, 2010

KKTMB...Lawatan Kerja Ke Perpustakaan UTHM





10hb November 2010, satu lawatan kerja telah diadakan oleh pengurusan Perpustakaan KKTM Beranang ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Diketuai oleh Pengarah KKTM beranang sendiri, Tuan Hj Wan Sabri Bin Wan Ismail diiringi oleh Timbalan Pengarah HEA, Pegawai Perpustakaan dan Pegawai Latihan Industri, rombongan dibawa melihat pentadbiran Perpustakaan UTHM.

Bangunan Perpustakaan UTHM ini baru 6 bulan siap dan baru beroperasi dengan kakitangan seramai 90 orang. Keunikan bangunan ini ialah ianya berbentuk bulat dengan ruang santai lanskap yang indah di tengahnya.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan juga adalah antara yang tercanggih dikalangan perpustakaan di IPTA-IPTA yang lain.

Diharapka lawatan ini akan membuahkan hasil dalam usaha pihak pengurusan KKTM beranang untuk memartabatkan perpustakaan KKTM Beranang.

Thursday, November 4, 2010

KKTMB...Lawatan Jabatan Elektronik (Data Communication)



04hb Oktober 2010, Jabatan Elektronik (Data Communication) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Kuala Lumpur International Airport.

Pelajar yang berpeluang mengikuti lawatan ialah pelajar semester 1 dan 3 sahaja. Ini adalah kerana pelajar semester 4 menyertai Micro Controller Geek Matsuri di KKTM Beranang.

Rombongan diketuai oleh Azmin Sensei bertolak ke KLIA pada jam 12 tengahari.

Lawatan-lawatan sebegini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar KKTM Beranang tentang aspek komunikasi dan kepentingan teknologi komunikasi di dalam sistem pengangkutan udara di seluruh dunia.

KKTMB...Lawatan ke Clean Room UTHM




03hb November 2010, Jabatan Elektronik (Micro Elektronic) telah mengadakan lawatan ke Makmal Clean Room Universiti Tun Hussien Onn Batu Pahat.

Rombongan diketuai oleh Alias Sensei bersama sensei-sensei Kursus Microelectronics.

Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang penggunaan Clean Room sebagai tempat untuk menghasilkan wafer dalam proses pembuatan Litar Bersepadu (IC).

Ianya juga sebagai pendedahan kepada semua sensei tentang penjagaan Clean Room tersebut kerana di KKTM Beranang sendiri akan memiliki kemudahan tercanggih seperti itu sedikit masa lagi.