MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2026
Selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk memperkukuh MJII sebagai pusat kecemerlangan TVET yang berteraskan inovasi, teknologi dan kolaborasi strategik industri, 3 orang pelajar DKS telah menyertai Pertandingan World Skill Belia (WSMB) 2026.
Satu Majlis Penyampaian Anugerah Tangan Emas World Skill Belia 2026 telah diadakan di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pada Khamis, 5 November 2026. Ketiga-ketiga peserta dari DKS telah menerima pingat penghargaan atas usaha gigih mereka.
1. MUHAMMAD NURSYAFIQ - pingat PERAK
2. MUHAMMAD ALIF ISKANDAR - medallion of excellence
3. AFIQ HAKIMI - medallion of excellence
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan kepada MJII, khususnya Jabatan Robotik dan Automasi (DKS), dalam usaha melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Kejayaan ini juga mencerminkan komitmen pensyarah dan pelajar dalam memperkukuh kecemerlangan bidang Robotik dan Automasi.
Pihak MJII merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada ketiga-tiga pelajar atas kejayaan yang dicapai, serta berharap pencapaian ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mengharumkan nama MJII pada masa hadapan.
#TVETMARA #MJII #TVETPilihanUtama
by Kj Jaaris

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment