Monday, January 31, 2011

KKTMB...Lulus Persijilan 5S








Mina san...omedetou gozaimashita...

Tahniah kepada semua warga KKTM Beranang...

KKTM Beranang telah menerima ucapan tahniah dari IKM dan KKTM lain kerana berjaya menjadikan Kolej Kediaman pelajar sebagai salah satu zon penting untuk pengiktirafan 5S. Ianya adalah sesuatu yang amat sukar untuk dicapai oleh IKM dan KKTM lain.

Wednesday, January 26, 2011

KKTMB...Goyong Royong Perdana





Bersempena dengan hari penilaian 5S pada minggu depan 31hb Januari 2011, KKTM Beranang bertungkus lumus menyiapkan dan membersihkan suasana persekitaran kolej.

Pada khamis minggu yang lalu, gotong royong asrama telah dijalankan. Pada minggu ini
pula, goyong royong ditumpukan di kawasan bangunan akademik.

Minasan...arigatou gozaimashita...

Sunday, January 23, 2011

Saturday, January 22, 2011

KKTMB...Lawatan ke Japan Cultural Festival





22hb Januari 2011, bersama Hana sensei, Ila dan Norhafiza sensei, pelajar-pelajar KKTM Beranang mengunjungi UiTM Shah Alam untuk meramaikan Pesta Kebudayaan Jepun anjuran mereka.

Rombongan bertolak jam 10 pagi dan tiba sejam kemudian di Dataran Cendiakiawan UiTM Shah Alam. Walaupun saiz kawasan pestnya agak kecil tetapi dengan kehadiran persembahan kumpulan muzik J-Pop menyebabkan suasana tapak pesta riuh dan meriah.

Selepas menghabiskan masa di pesta tersebut, rombongan singgah sebentar di Midvalley Mall untuk makan tengahari.