Friday, September 29, 2023

Waste-To-Cash Recycle Day 2023

 







1. Nama Aktiviti: Waste-To-Cash Recycle Day

2. Tarikh: 25 Ogos 2023

3. Anjuran: IOI Office  and Zero Waste Earth Store (ZWES)

4. Tempat: Puchong Financial Corporate Center (PFCC)

5. Synopsis/keterangan ringkas:


Zero Waste Earth Store ialah satu Social Enterprise yang menjalankan perniagaan yang memberi impak kepada komuniti dan alam sekitar. Syarikat ini aktif dengan aktiviti kitar semula, pendidikan dan latihan kepada komuniti, ianya diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Semasa program ini berlangsung, JK Green MJII telah menyumbangkan barang-barang kitar semula yang dikumpulkan di Pusat Kitar Semula MJII hasil sumbangan dari pelajar dan warga MJII. Pecahan barang-barang tersebut adalah seperti berikut; Kertas dan kotak (23kg), Plastik (4kg), Logam (9.6kg), Kaca (5kg), Laptop dan eWaste (21kg), Pakaian (4.5kg). Hasil jualan ini telah dibayar dengan eVoucher untuk pembelian barang-barang yang dihasilkan oleh syarikat tersebut dan komuniti setempat.

by alifudin sensei

Tuesday, September 26, 2023

Sembang Santai "OBE & ETAC" bersama pelajar MJII JD 2023

 




1. Nama Aktiviti: Sembang Santai "OBE & ETAC" bersama pelajar MJII

2. Anjuran: JK Akreditasi ETAC MJII

3. Penceramah: Sensei Zalina Binti Zulkabli 

4. Tarikh:  22 September 2023 (Jumaat)

5. Masa: 11:00 pagi - 12:15 tghari

6. Lokasi : Tokyo Hall

7. Penglibatan: Semester 1 & 2

8. Synopsis/keterangan ringkas:


Satu sesi taklimat telah diadakan kepada pelajar Semester 1&2 sebagai pendedahan kepada pelajar dan persediaan lawatan penilaian akreditasi (perlanjutan) ETAC. Kandungan taklimat meliputi pengenalan & kepentingan akreditasi ETAC kepada institusi, program dan pelajar, pemahaman mengenai Outcome Based Education (OBE) dalam PdP dan pengenalan kepada Program Outcome (PO). Pelajar juga dikehendaki menjawab Entrance Survey bagi mengukur pencapaian PO masing- masing di awal kemasukan. Sebanyak 10 cendarahati turut disediakan bagi pelajar  yang menyertai soal jawab 'Popkuiz' sepanjang sesi tersebut.

by Suhana sensei

Monday, September 25, 2023

Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2023 Bidang Electronics Peringkat Akhir 2023

 









1. Nama aktiviti: Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2023 Bidang Electronics Peringkat Akhir

2. Tarikh:  18 – 22 September 2023.

3. Penganjur: Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

4. Tempat: Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam.

5. Synopsis/keterangan ringkas:  

Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2023 bidang Electronics peringkat akhir yang telah dijalankan selama 5 hari ini terdiri daripada 3 modul utama iaitu :

Modul 1: Hardware design

Modul 2 : Embedded System Programming

Modul 3 : Fault finding, Repair & Measurement

Daripada keseluruhan 8 peserta akhir yang bertanding, seramai 3 orang peserta merupakan pelajar dari MJII seperti berikut :


I. MUHAMMAD ARIFF BIN MAHZAN, DKS / Sem5 / NANKAI


II. AIN NABILA BINTI ABDUL RAHIM, DKM / Sem5 / TOBU


III. AMIRUL SHARIF BIN SHARIFUDIN, DKE / Sem3 / DENSO


Tahniah, syabas dan terima kasih kpd wira² MJII ini kerana telah melakukan yang terbaik dan memberi saingan yang hebat. Semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang di pertandingan ini.

bu Sensei Yusuf

Friday, September 22, 2023

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen MJII sempena Temasya SUKAT X Kuantan

 







1. Nama Program: Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen MJII sempena Temasya SUKAT X 

2. Tarikh: 21 September

3. Masa: 10:00 pagi

4. Tempat: Dewan Hyogo MJII

5. Sinopsis:


Temasya Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII & IKM Se- Malaysia  2023 (SUKAT 2023) kali ke-10 akan diadakan di KKTM Kuantan pada 22-27 September 2023.

Seramai 58 orang atlet MJII yang akan menyertai temasya ini. 

Justeru, majlis penyerahan  bendera kepada kontinjen SUKAT X MJII  Beranang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Hyogo MJII pagi tadi. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Penyelaras  SUKAT X MJII , En Radzi bin Tarmizi dan amanat buat kontinjen daripada Pengarah  MJII Beranang, Ts. Dr. Mahazani bin Ali.

Seterusnya  serahan bendera kepada ketua kontinjen, Puan Nordiana bt Awang.

Majlis berakhir dengan sesi fotografi para atlet MJII. Semoga para atlet diberikan kesihatan yang baik sepanjang program , beroleh kejayaan serta dipermudahkan urusan pergi dan balik.

by Sensei Sajidah

Tuesday, September 19, 2023

Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

 













1. Nama program: Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia

2. Tarikh: 15 September 2023

3. Masa: 9.00 pg-12.30 tghr

4. Tempat: MJII

5. Penganjur: MJII dengan Kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat

6. Sinopsis: Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat. Tujuan program ini diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotik dikalangan staf dan pelajar MJII. Program dimulakan dengan acara silat oleh pelajar MJII dan tayangan video kemerdekaan. Kemudian disusuli dengan Kuiz Kemerdekaan yang dikendalikan oleh Pegawai Penerangan iaitu En Saiful Zalizan. Perasmian telah dilakukan oleh En Salehudin b Klewan. Manakala ucapan aluan disampaikan oleh Pengarah MJII TS Dr Mahazani bin Ali. Turut hadir bagi memeriahkan program ini ialah Penghulu Beranang, Pegawai Polis Beranang dan Pengarah KPM Beranang.

by Hamirah Sensei

Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar MRSM Kuala Kelawang ke MJII

 



















1. Nama program: Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar MRSM Kuala Kelawang ke MJII

2. Tarikh: 18 September 2023 

3. Tempat:  MJII

4. Penganjur:   Jawatankuasa Promosi MJII dengan kerjasama MRSM Kuala Kelawang

5. Penglibatan:  77 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring MRSM Kuala Kelawang

6. Sinopsis: 


Pada 18 September 2023, seramai 77 orang pelajar dari  MRSM Kuala Kelawang bersama 4 orang guru pengiring telah membuat lawatan di MARA- Japan Idustrial Institute, Beranang.


Sebaik saja pelajar dan - guru tiba di MJII, mereka telah disambut  dengan ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah Khidmat Pelajar dan Hal Ehwal Pengurusan, Puan Nor Diana bt Awang dan juga ucapan dari Pengarah MJII, Dr. Ts. Mahazani bin Ali. 


Kemudian, sesi diteruskan lagi dengan  penerangan mengenai taklimat program-program pengajian di MJII oleh pensyarah Jabatan Mikroelektronik MJII, iaitu Puan Hajah Norhafizan bt Mohd Hanib. Setelah sesi taklimat, mereka telah dibawa melawat ke  bengkel -bengkel  Mikrotik, PCB Lab, Cleanroom dan Perpustakaan Shizouka. Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil jabatan yang telah membantu sepanjang lawatan pelajar ke bengkel-bengkel pada hari ini.


Program sebegini amat bermakna kerana ianya berbentuk informal learning dan memberi pendedahan khusus kepada pelajar MRSM Kuala Kelawang  di samping mempromosikan MJII secara terus kepada pihak luar. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya merupakan intipati maklumat yang telah disalurkan dan disampaikan terus kepada pelajar dan guru-guru yang hadir. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada pelajar dalam memilih MJII sebagai pusat belajar dan halatuju pada masa depan.


Makluman program pengajian di MJII Beranang, yang merupakan salah satu pusat pengajian TVET MARA terbaik dalam bidang kejuruteraan elektronik boleh dilayari melalui pautan laman web http://mjii.kktm.edu.my/

by Kaunselor Hidayati