Tuesday, November 24, 2009

MJII...Pelarasan Buku Panduan Pelajar


Pada 17hb November yang lalu, satu mesyuarat Pelarasan Buku Panduan Pelajar telah diadakan di MJII.

Wakil - wakil dari IKM, KKTM dan BPL(K) telah hadir untuk memberikan buah fikiran dalam menggubal buku panduan pelajar tersebut.

Wakil dari IKM Jasin ialah Timbalan Pengarah (HEA) En. Roshidi, Pn. Norsham (KKTM Petaling Jaya), En. Shabudin (KKTM Masjid Tanah),En. Dullah (IKM Lumut), En. Khairul Naim (KKTM Rembau), Pn. Shahrom (BPLK) dan Pn. Nik Rohayati (BPLK).


Manakala dari pihak MJII ialah Tn Haji Fadhil, Tn Haji Nuriman dan Pn. Hajah Siti Noor.

Thursday, November 5, 2009

MJII...Majlis Jamuan C.I.C.


05hb November 2009, Creative and Inovative Club MJII telah mengadakan majlis jamuan akhir sesi julai disember 2009 di Pizza Hut Semenyih.

Majlis bukan sahaja untuk meraikan ahli-ahli CIC sesi ini, tetapi juga untuk menghargai ahli-ahli CIC yang telah menyertai beberapa pertandingan peringkat IKM/KKTM, MARA dan sebagainya.


Hadir bagi pihak pengarah MJII ialah Tn. Hj. Nuriman (TPHEA) dan Pn. Hjh. Siti Noor (TPHEP) disamping penyelaras CIC En. Zaudin bin Saad.

Sijil-sijil penyertaan kejohanan kemahiran, pertandingan inovasi dan rekacipta serta sijil penyertaan Basic Robot Construction Workshop telah disampaikan oleh Tn. Hj. Nuriman.

Diharapkan ahli-ahli CIC selepas ini dapat menumpukan perhatian terhadap peperiksaan akhir yang akan menjelang dalam masa 2 minggu lagi.

Gambate ne...

Monday, November 2, 2009

MJII...Majlis Perkenalan


02hb November 2009, satu majlis berkenal-kenalan dengan tuan pengarah baru MJII, Tuan Haji Mohd fadhil bin Ghazali telah diadakan.

Tuan pengarah mengambil kesempatan ini bukan sahaja untuk berkenal-kenalan dengan kakitangan akademik tetapi juga untuk menyampaikan amanat beliau tentang hala tuju MJII sepanjang tempoh pengurusan beliau nanti.

Beliau turut menganjurkan setiap pensyarah di MJII untuk meningkatkan tahap kreativiti dalam pengajaran masing-masing supaya menceriakan suasanan pembelajaran di MJII ini.