Thursday, April 14, 2011

KKTMB...Majlis Perpisahan & Perkenalan Staff




03hb April 2011, Puan Norhuda Hidayah telah diraikan sempena perpindahan beliau ke Bahagian Kewangan Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur. Beliau telah ditawarkan ke jawatan tetap di sana.

Beliau adalah di antara kakitangan yang terawal dalam pembukaan tanah KKTM Beranang ini iaitu pada September 2008 dahulu. Selamat berjaya...

Majlis juga meraikan kedatangan 2 orang staff baru iaitu Puan Rohaya Abd Jalil menggantikan Puan Norhuda Hidayah dan Puan Leni Maslina sebagai juruteknik Kursus Embedded System. selamat datang...

Friday, April 8, 2011

KKTMB...Ziarah Ariff sensei...


7hb April 2011, tuan pengarah KKTMB, Tuan Hj Wan Sabri bin Wan Ismail bersama Puan Hajah Siti Nor, Tuan Hj Nuriman dan beberapa orang pensyarah dan kakitangan KKTM Beranang sempat melakukan satu ziarah ke Kuang Selangor untuk menyampaikan ucapan takziah kepada Ariff Putra sensei yang kematian ayahandanya.

Rombongan sempat juga mengadakan tahlil ringkas di pusara ayahandanya diketuai oleh Ustaz Abdussamad. Salam takziah kepada Arif Putra sensei.