LEARNING EXPERIENCE : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI INDUSTRI-EMOOVIT TECHNOLOGY SDN BHD, CYBERJAYA
TVET Mara MJII sebagai salah satu pusat penyedia Latihan Kemahiran berteraskan Teknologi Elektronik sentiasa memastikan kualiti Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) di tahap yang tinggi. Ianya juga harus memastikan setiap pelajar yang menjalani Latihan di sini memperoleh pengalaman pembelajaran (learning experience) yang menarik dan sentiasa terkini (latest technology).
Ini adalah selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk memperkukuh MJII sebagai pusat kecemerlangan TVET yang berteraskan inovasi, teknologi dan kolaborasi strategik industri.
Salah satu cara untuk meningkat Pengalaman Pembelajaran bagi pelajar-pelajar Elektronik Robotik & Automasi ialah dengan mengadakan sesi – sesi lawatan industri. Lawatan industri adalah merupakan satu platform pembelajaran yang bermanfaat dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap persekitaran industri sebenar.
Makanya, pihak Jabatan DKS telah mengadakan satu lawatan industry iaitu ke Syarikat eMoovit Sdn Bhd yang beroperasi di Cyberjaya. Syarikat ini adalah pengendali Kenderaan Tanpa Pemandu pertama di Malaysia.
Lawatan ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan perkembangan teknologi automasi, kecerdasan buatan (AI) dan sistem kenderaan autonomi yang sedang digunakan serta dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar terhadap teknologi dan aplikasi sebenar dalam industri, malah membuka ruang kepada pensyarah untuk memahami perkembangan teknologi terkini serta keperluan kompetensi industri.
Aktiviti dan Dapatan Lawatan
Sepanjang lawatan, pelajar telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan teknologi Autonomous Vehicle, termasuk:
* Automated Guided Vehicle (AGV) bagi aplikasi pengangkutan dan logistik automatik.
* Autonomous Buggy yang menggunakan sistem navigasi dan kawalan autonomi.
* Bas tanpa pemandu (Autonomous Bus) serta konsep mobiliti pintar.
* Teknologi Robot Operating System (ROS) sebagai platform pembangunan dan integrasi sistem robotik.
* Penggunaan LiDAR untuk pemetaan persekitaran, pengesanan objek dan navigasi kenderaan autonomi.
* Integrasi Artificial Intelligence (AI), sensor, sistem kawalan dan pemprosesan data dalam pembangunan sistem autonomi.
Pelajar juga dapat melihat hubungan antara teori yang dipelajari di institusi dengan aplikasi sebenar dalam industri, khususnya dalam bidang robotik, automasi, AI dan mobiliti pintar.
Impak kepada Pelajar
Lawatan ini telah memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal dan membuka perspektif pelajar terhadap perkembangan teknologi industri. Pelajar dapat memahami bahawa kemahiran seperti *AI, robotik, sensor, LiDAR, ROS, pengaturcaraan dan sistem kawalan semakin penting dalam memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan. Selain itu, pendedahan kepada teknologi sebenar industri dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan meningkatkan kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan pembelajaran sepanjang hayat.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, lawatan sambil belajar ke EMooVit Technology Sdn. Bhd. telah mencapai objektif yang ditetapkan. Aktiviti ini memberi peluang kepada 35 orang pelajar dan 2 orang pensyarah untuk memahami perkembangan teknologi autonomous vehicle serta aplikasinya dalam industri. Pendedahan seperti ini amat penting bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran AI, robotik dan automasi yang relevan dengan keperluan industri masa hadapan
#TVETMARA #MJII #TVETPilihanUtama
by Kj Jaa

.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)
No comments:
Post a Comment