Saturday, January 10, 2015

Saturday, January 3, 2015

Misi Kemanusian bertolak ke destinasi.

3hb Januari 2015, Dua pasukan telah bergerak ke destinasi tengah malam tadi dan subuh tadi. Pasukan pertama telah menuju ke Kelantan iaitu sebuah Pacuan 4 roda bersama bekalan dan sebuah van bersama bekalan. Ianya diketuai oleh Yuraimy sensei bersama Azhar sensei dan Zainal sensei diikuti oleh 2 orang MPP dan rakan dari Seni Ceria.
Pasukan kedua pula diketuai oleh Norizam sensei bersama Achnas sensei dan Jaa sensei bersama 5 orang MPP dan seorang wakil dari HALUAN Malaysia. Destinasi ialah Taman Bahagia di Temerloh. Aktiviti di sana ialah menghantar bekalan dan menjalankan kerja-kerja mencuci rumah mangsa banjir. Mina san Arigatou gozaimashita.