Thursday, October 24, 2013

MJII...Majlis Konvokesyen Perdana 2013

sambungan...turut berada di PICC ialah Unit Peperiksaan dan Persijilan MJII untuk mengedarkan skoll diploma para graduan. Mina san arigatou gozaimashita.

MJII...Konvokesyen Perdana 2013

24hb Oktober 2013, bertempat di Putra International Convention Center (PICC), Putrajaya, Majlis Konvokesyen Perdana telah dijalankan. Pelajar MJII batch yang ketiga telah selamat bergraduasi bersama-sama pelajar-pelajar dari pusat-pusat IPMa yang lain. Mina san omedetou gozaimashita. Semoga anda semua dapat mengharungi cabaran masa depan dengan cemerlang dan gemilang.

Monday, October 21, 2013

MJII...Lawatan Kerja Nippon Kayaku

21hb Oktober 2013, Nippon Kayaku Safety Systems (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal beg udara keselamatan kenderaan (air bag) telah berkunjung ke MJII iaitu Mr. Shinji Ichikawa (Managing Director) dan Puan Ramlah Mohd Nor (Senior Manager Human Resources Management). Tujuan mereka adalah untuk meninjau bekalan tenaga kerja bagi syarikat mereka yang akan beroperasi pada tahun 2015 nanti di Taman Perusahaan Seremban 2, Negeri Sembilan. Kepada sesiapa yang beruntung untuk bekerja dengan syarikat ini nanti, akan dihantar mengikuti latihan di Ibu Pejabat syarikat ini di Jepun.

MJII...Kearah MS ISO 9000 : 2008

21hb Oktober 2013, satu taklimat penerangan MS ISO 9000 : 2008 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2. Ianya disampaikan oleh Dr. Kamarudin Bin Musa dari University Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

MJII...Gotong Royong di Masjid Salak Tinggi

20hb Oktober 2013, Majlis Perwakilan Pelajar menganjurkan gotong royong di Masjid Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Sunday, October 20, 2013

MJII...IPMa Race 2013

Team MJII Kaminari beraksi di pertandingan IPMa Race 2013 yang berlangsung pada 3 - 6hb Oktober 2013 yang lalu. Gambar-gambar dipetik dari eWarta MARA. Dirasmikan oleh YB Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

MJII...Program Sayangi Tasik...

sambungan...