🏆 MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2026 🏆
📅 Tarikh: 5 November 2026
📍 Tempat: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka
Tahniah dan syabas! 🎉
TVETMARA MJII dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahmad Salman bin Mohd Burhanuddin, pelajar dan juga alumni pelajar Jabatan Sistem Terbenam, TVETMARA MJII, atas kejayaan cemerlang beliau merangkul Pingat Gangsa dalam bidang Elektronik pada pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan keupayaan serta kecemerlangan pelajar TVETMARA MJII dalam bidang kemahiran dan teknologi.
Pada sesi pagi, majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Majlis seterusnya telah dirasmikan pada sebelah petang oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Pertandingan kemahiran pada tahun ini mencatatkan penyertaan seramai 1,787 peserta di peringkat pra-kelayakan, dengan 493 peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.
Sebanyak 58 bidang kemahiran telah dipertandingkan, merangkumi:
🔹 38 bidang WorldSkills Malaysia Belia (WSMB)
🔹 6 bidang WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP)
🔹 6 bidang JuniorSkills Malaysia (JSM)
🔹 8 bidang WorldSkills Malaysia University Challenge (WSMUC)
Pertandingan ini turut melibatkan 23 tapak pertandingan di seluruh negara.
Seiring dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, TVETMARA MJII akan terus berusaha meningkatkan pencapaian pada masa hadapan serta memperkukuh kecemerlangan dalam bidang kemahiran dan teknologi.
Semoga kejayaan yang diraih oleh Ahamad Salman bin Mohd Burhanuddin menjadi sumber inspirasi dan pemangkin semangat kepada seluruh warga dan pelajar TVETMARA MJII untuk terus berusaha, meningkatkan kemahiran serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, insya-Allah.
Sekali lagi, tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini! 💐👏
by sensei Rahman
#TVETMARA
#TVETMARAMJII
#JabatanSistemTerbenam
#EmbeddedSystem
#BuildingTalentGeneratingFuture
#MATEPM2026
#WorldSkillsMalaysia
#WorldSkillsMalaysiaBelia


.jpeg)


No comments:
Post a Comment