Tuesday, February 28, 2023

Majlis Penyampaian Pingat Pertandingan Kemahiran Worldskills Malaysia 2022

 






1. Nama Program: Majlis Penyampaian Pingat Pertandingan Kemahiran Worldskills Malaysia 2022

2. Tarikh : 28 Februari 2023

3. Masa :  10.00am - 2.00 pm

4. Tempat:  Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam

5. Sinopsis/keterangan:  

Majlis Penyampaian Pingat Pertandingan Kemahiran Worldskills Malaysia 2022 yang disempurnakan oleh YB TUAN MUSTAPHA BIN SAKMUD, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA ini diadakan bagi meraikan dan mengiktiraf kejayaan para belia, pengajar dan pelajar yang memenangi pingat dalam pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB), WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) dan Junior Skills Malaysia (JSM) tahun 2022.


2 orang pelajar MARA-Japan Industrial Institute (MJII) yang turut diraikan diatas kemenangan di pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022 bidang electronics adalah :


1. MOHAMMAD ABDUL WAHID BIN HARIS - PINGAT PERAK

2. IRTIYA HANA BINTI NAZIRMAN - PINGAT GANGSA


Tahniah diucapkan diatas kejayaan yang diperolehi.

by Yusof sensei

Friday, February 24, 2023

Thursday, February 23, 2023

Bengkel Pembangunan Academic Framework

 







1. Program : Bengkel Pembangunan Academic Framework

2. Tarikh : 21/02/2023 (Selasa)

3. Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

4. Tempat: Bilik Yu Shu Nerai 

4. Penganjur : Jawatankuasa Induk Jaminan Kualiti

5. Peserta : 23 orang staf MJII

6. Sinopsis/Keterangan:

Satu bengkel telah dijalankan bagi membincangkan keseluruhan proses akademik dan integrasi instrumen jaminan kualiti yang terlibat untuk membina Academic framework di MJII. Objektif pembinaan framework ini adalah bagi menyebarkan maklumat tentang peranan & fungsi JK yang telah dibentuk dan peranan semua staf dalam setiap aktiviti akademik di MJII. Bengkel ini telah disertai oleh Pengarah, TP HEA, ketua-ketua Jabatan, pihak UPP, ketua-ketua / wakil dari JK jaminan kualiti (MS ISO, ETAC, MQS, STRIM, SPMa, Lean Management, RICoL, 5S). Perbincangan mengenai pembangunan framework ini telah berlansung dengan baik dan diharapkan hasil dapatan dari bengkel ini membantu meningkatkan kefahaman tentang aktiviti akademik secara keseluruhan dan membantu usaha mengekalkan penyampaian standard kualiti yang baik di MJII.

by Tecer Azwani

Friday, February 17, 2023

Program Business Model Canvas- Inovasi Idea Perniagaan

 







1. Program : Program Business Model Canvas- Inovasi Idea Perniagaan

2. Tarikh : 17/02/2023

3. Masa : 8.45 pagi - 10.00 pagi

4. Penganjur : Unit Keusahawanan & Industrial Business Unit (IBU)

5. Peserta : Semester 3 & 4

6. Sinopsis/Keterangan : 


Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep Business Model Canvas.


Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari kaedah yang terbaik dalam mengaplikasikan BMC dalam perniagaan yang berasaskan elektrik dan elektronik. 


Penceramah untuk program ini adalah Encik Mohd Nur Fairuz iaitu Pengarah Urusan KTE Smart Technologies yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan teknikal.


Diharap program ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam mencetuskan idea perniagaan yang berkesan dan inovatif.

by Huda sensei

Bengkel Penulisan & Penerbitan Bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

 








1. Program : Bengkel Penulisan & Penerbitan Bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

2. Tarikh : 9/02/2023 (Khamis)

3. Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

4. Tempat: Bilik Yushu Nerai 

4. Penganjur : Jawatankuasa Penerbitan Bahan Pembelajaran

5. Peserta : 13 orang pensyarah

6. Sinopsis/Keterangan :


Satu bengkel penulisan dan penerbitan bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd. telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah supaya menulis modul sendiri. Pensyarah juga diberi ilmu pengetahuan menggunakan aplikasi yang sesuai untuk merekabentuk kulit modul, dan membuat video pembelajaran yang menarik. Pelbagai kaedah dan teknik yang dikongsikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman dalam penulisan dan penerbitan modul.  Selain itu, pensyarah juga berpeluang untuk membuat live di media sosial masing-masing semasa bengkel sedang berlangsung. Pensyarah digalakkan berkongsi bahan pembelajaran yang kreatif dan inovatif di media sosial sama ada dalam bentuk e-book, video ataupun live untuk menarik  minat pelajar untuk belajar. Semoga bengkel ini dapat membantu ramai lagi pensyarah MJII menulis dan menerbitkan modul dengan baik.

by Juliana Sensei

Wednesday, February 15, 2023

Majlis Perpisahan Encik Saipol Chargeman dan Sensei Fauzie DKC

 





Rabu, 15 Feb 2023.... setelah berkhidmat selama 14 tahun di MJII mereka berdua menginggalkan MJII. Abg Saipol ke PMN Pahang di Kuantan dan sensei Fauzie mengambil cuti tanpa gaji dan seterusnya mengambil pencen pilihan untuk menumpukan diri kepda bisnes keluarga di JB.

Saturday, February 11, 2023

Pertandingan Ragbi Mini Arc Knight 10's

 






1. Program : Pertandingan Ragbi Mini Arc Knight 10's
2. Tarikh : 28 Januari 2023
3. Masa : 9.00 am–6.00 pm
4. Penganjur : Arc Knight Rugby Club
5. Sinopsis/Keterangan :
Pelajar MJII telah menyertai pertandingan ragbi jemputan tertutup yang disertai oleh 11 pasukan dalam Daerah Hulu Langat. Pasukan Ragbi MJII telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut dengan menewaskan pencabar yang lebih berpengalaman. Pertandingan ini berjaya mencungkil bakat baru dari kalangan pelajar MJII untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Syabas diucapkan kepada pemain ragbi MJII.

by Radzi sensei


Wednesday, February 8, 2023

Rakaman Video Korporat Jabatan Bersama Pihak Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK)

 





1. Program : Rakaman Video Korporat Jabatan Bersama Pihak Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK)

2. Tarikh : 7 Februari 2023

3. Masa : 9.00 am–6.00 pm

4. Penganjur : JK Rakan Media TVET MARA dengan kerjasama BITK

5. Sinopsis/Keterangan :

JK Rakan Media TVET MARA dengan kerjasama pihak BITK telah menjalankan sesi rakaman bertujuan mendapatkan dan mengumpulkan bahan seperti gambar dan video pendek bagi membangun video korporat jabatan. Antara tempat/makmal/aktiviti di MJII yang termasuk dalam sesi rakaman ialah Welcoming Robot, Cleanroom, Smart Classroom, Drone, SCADA, MikroTik Academy, dan Kesatria. MJII mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak BITK.

by ruziana sensei