Friday, April 26, 2024

LAWATAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE MJII BERSEMPENA PROGRAM RUMPUN SELANGOR BAGI DAERAH HULU LANGAT

 












LAWATAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII) BERSEMPENA PROGRAM RUMPUN SELANGOR BAGI DAERAH HULU LANGAT
Tarikh : 25 April 2024
Hari : Khamis
Masa : 4.30 petang
Program Rumpun Selangor merupakan program yang julung kalinya diadakan. Ia merupakan siri jelajahan Raja Muda Selangor ke sembilan daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan daerah kedua yang dilawati oleh DYTM Tuanku setelah Hulu Selangor.
Dalam sesi jelajah ke Hulu Langat, MARA-Japan Industrial Institute (MJII) merupakan salah satu destinasi persinggahan DYTM Tuanku untuk mendekati rakyat terutamanya anak-anak pelajar. Konvoi motosikal DYTM Tuanku Raja Muda Selangor tiba di perkarangan lobi MJII sekitar jam 5 petang bersama-sama Orang Besar Istana, YB Exco, Pegawai Daerah Hulu Langat, Yang di-pertua MPKJ, OCPD Kajang dan penduduk kampung.
Setibanya Tuanku di MJII, beliau disajikan dengan paluan gendang jepun, seterusnya tarian kipas dan payung daripada pelajar-pelajar MJII. Tuanku seterusnya dibawa ke Bilik Narita dimana ditunjukan projek yang dijalankan oleh sensei MJII sebelum sesi bergambar bersama kakitangan dan para pelajar MJII.
Tuanku meninggalkan perkarangan lobi MJII sekitar jam enam petang.

DIPETIK DPD FACEBOOK MJII


Kursus Peningkatan Penguasaan Kaedah Pengajaran Multimedia Kepada Pensyarah untuk Pendigitalan PDP TVET MARA IKM Kuala Lumpur

 








1. Nama aktiviti:  Kursus Peningkatan Penguasaan Kaedah Pengajaran Multimedia Kepada Pensyarah untuk Pendigitalan PDP TVET MARA IKM Kuala Lumpur

2. Tarikh: 25 April 2024 (Khamis)

3. Tempat: Bangunan UTM Holdings, Universiti Teknologi Malaysia.

4. Penglibatan: 22 Pensyarah Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur (IKM KL)

5. Anjuran : IKM KL

6. Sinopsis: 

IKM KL telah mengadakan Kursus Peningkatan Penguasaan Kaedah Pengajaran Multimedia kepada Pensyarah untuk Pendigitalan PDP TVET MARA IKM KL di Bangunan UTM Holding, Kuala Lumpur. Program mengandungi 6 slot. Slot 3 adalah berkenaan Classpoint Apps telah disampaikan oleh seorang pensyarah MARA-Japan Industrial Institute, iaitu Pn Nur Amalina binti Zainal (ClassPoint School Coach).

Objektif Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital pensyarah IKM KL kearah Pembelajaran Alaf 21 (PAK-21) sesuai dengan kehendak masa kini. Sesi penyampaian ini terbahagi kepada 3 modul

Modul 1 Pengenalan – Classpoint, Presentation Tools, Interactive Quiz, Gamification dan AI Quiz Generator.

Modul 2 Cara menggunakan ClassPoint  – Menunjukkan satu persatu kaedah bagaimana setting dan implementation ClassPoint dalam PowerPoint(PPT).

Modul 3 Tutorial dan Latihan – Pensyarah diberi tugas untuk membuat PPT sendiri dan yang terpilih berkongsi apa yang telah dibina.

Sebagai tanda penghargaan, slot ini juga memberi ruang kepada semua IKM KL yang terlibat untuk mendapatkan sijil ClassPoint Certified Educator.

Diharapkan usaha ini membantu semua pensyarah yang terlibat untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran digital pengajaran masing-masing dalam menyambut baik PAK-21 dan menerapkan elemen-elemen tersebut secara lebih berkesan.

by Sensei Amalina

Friday, April 19, 2024

Program Teknik Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pendigitalan PdP TVET MARA di KKTM Rembau

 









1. Nama aktiviti:  Program Upskilling Elevating Education: A Journey Through Digital Transformation dalam memperkasa Teknik Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pendigitalan PdP TVET MARA di KKTM Rembau

2. Tarikh: 18 April 2024 (Khamis)

3. Tempat: Dewan Sinan, KKTM Rembau

4. Penglibatan:  58 Pensyarah KKTM Rembau

5. Anjuran : JK Jaminan Kualiti (Akademik), KKTM Rembau

6. Sinopsis: 

JK Jaminan Kualiti Akademik KKTM Rembau telah mengadakan Program Upskilling Elevating Education: A Journey Through Digital Transformation dalam memperkasa Teknik Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pendigitalan PdP TVET MARA di KKTM Rembau. Program mengandungi 2 slot. Slot 1 adalah berkenaan Classpoint Apps telah disampaikan oleh 2 orang pensyarah MARA-Japan Industrial Institute, iaitu Pn Nur Amalina binti Zainal (ClassPoint School Coach) dan Pn Norila Wati binti Ahmad Nawari (Classpoint Certified Educator).

Objektif Program ini adalah bertujuan untuk reskilling dan upskilling pengajar KKTM Rembau kea rah pendigitalan yang setaraf dengan kehendak masa kini. Sesi penyampaian ini berkonsepkan strategi FGP (Faham-Guna-Pakai)

Faham – Apakah itu Classpoint, Interaktive mode, konsep gamification dan icon2.

Guna – Sesi tutorial menunjukkan satu persatu bagaimana setting dan implementation.

Pakai – Pensyarah diberi tugas untuk membuat PPT sendiri dan yang terpilih berkongsi apa yang telah dibina.

Sebagai tanda penghargaan, slot ini juga memberi ruang kepada semua pensyarah KKTM Rembau yang terlibat untuk mendapatkan sijil ClassPoint Certified Educator.

Diharapkan usaha ini membantu semua pensyarah yang terlibat untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran Teknik pengajaran masing-masing dalam menyambut baik PAK-21 dan menerapkan elemen-elemen tersebut secara lebih berkesan.

by Sensei Amalina

Tuesday, April 2, 2024

Taklimat Pembangunan Kurikulum bagi Pemetaan Sustainable Development Goals (SDG)

 




1. Nama Program: Taklimat Pembangunan Kurikulum bagi Pemetaan Sustainable Development Goals (SDG)

2. Tarikh : 28 Februari 2024 (Wed)

3. Tempat: Tokyo Hall,MJII

4. Synopsis/keterangan ringkas:


Satu sesi taklimat telah diadakan kepada semua pensyarah Akademik berkaitan dengan perubahan dan pemetaan kurikulum dengan 17 elemen Sustainable Development Goals (SDG) .   Kandungan taklimat meliputi  Hubungkait ETAC - SDG dan Pemetaan kurikulum SDG bagi 5 progam di MJII. Selain daripada itu, pensyarah juga didedahkan dengan perubahan-perubahan Standard ETAC2024 (Efektif April 2024) sebagai langkah persediaan untuk perubahan dokumen dan pelaksanaan PdP seterusnya.

by Nurhana Sensei

Wednesday, March 27, 2024

Taklimat PAK-21 & Penulisan Refleksi dalam Rancangan Pengajaran Harian

 






1. Nama aktiviti:  Taklimat PAK-21 & Penulisan Refleksi dalam Rancangan Pengajaran Harian

2. Tarikh: 20 Mac 2024

3. Tempat: Tokyo Hall, MJII

4. Penglibatan:  Pensyarah MJII

5. Anjuran : JK Jaminan Kualiti (Akademik)

6. Sinopsis: 

Satu taklimat komprehensif tentang PAK-21 dan penulisan refleksi dalam RPH bagi tenaga pengajar MJII telah disampaikan oleh Ts. Mohd Khairul Adzhar Bin Umar.


Penerangan merangkumi pengenalan kepada pembelajaran aktif, cabaran-cabaran semasa, adaptasi kedalam aktiviti pengajaran dan strategi pelaksanaan yang berkesan. Perkongsian ini diharap untuk membantu para pengajar untuk melaksanakan PdP berasaskan PAK-21 mengikut bidang masing-masing. 


Taklimat ini juga menyentuh tentang teknik penulisan refleksi yang berkesan dalam usaha menambahbaik amalan kerja dari segi:

- pembangunan bahan pengajaran

- strategi PdP

- penilaian

- pembangunan kemahiran 4C (communication, collaboration, critical thinking, creativity) dikalangan pelajar


Diharapkan usaha ini membantu semua pensyarah MJII untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengajar dalam kerangka PAK-21 dan menerapkan elemen-elemen tersebut secara berkesan.

by teacher Azwani

Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 1/2024

 








1. Nama aktiviti: Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 1/2024

2. Tarikh: 15 Mac 2024

3. Tempat: Tokyo Hall

4. Penglibatan:  Semua Staf MJII

5. Anjuran: Program DKR

6. Sinopsis: Sesi libat urus pihak pengurusan adalah penting untuk membangunkan budaya organisasi yang berteraskan komunikasi terbuka, kolaborasi, dan pembangunan bersama. Dengan berfungsi sebagai platform untuk perkongsian idea dan penyelarasan matlamat, ia membantu organisasi dalam mencapai kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 1/2024 kali ini dimulakan dengan sesi bacaan yassin dan doa melibatkan semua staf. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian daripada pihak Yapiem. Majlis seterusnya meraikan komitmen dan prestasi staf cemerlang dengan sesi penyampaian anugerah staf terbaik bulanan (Januari dan Februari 2024). Setelah itu majlis disambung dengan sesi penyampaian penghargaan penerbitan buku sebelum diakhiri dengan sesi suai kenal staf baharu melibatkan Pn. Noor Hakima binti Ahmad, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan MJII dan Dr. Mohd Firdaus bin Kamuri, Pensyarah Jabatan Embedded.

by Kj Adzhar

Industrial Talk 2 DKR

 







1. Nama aktiviti: Industrial Talk 2

2. Tarikh: 22 Mac 2024

3. Tempat: Tokyo Hall

4. Penglibatan:  Semua pelajar Program DKR

5. Anjuran: Program DKR

6. Sinopsis: Program Industrial Talk 2 ini disertai oleh Ts. Mohamad Ariffin merupakan IoT Consultant & Trainer merupakan seorang usahawan pemilik kepada My Invent Technologies Sdn. Bhd. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar DKR dengan aplikasi teknologi IoT dalam dunia sebenar industri. Pelajar mendapat peluang untuk memperluas pengetahuan dan pemahaman mereka tentang industri IoT, termasuk trend terkini, teknologi terkini dan cabaran yang dihadapi. Sesi industrial talk ini memberi pelajar wawasan yang berguna untuk mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk pasaran kerja. Mereka dapat mengetahui tentang keperluan industri, kemahiran yang diperlukan, dan jalan kerjaya yang tersedia. Melalui Program Industrial Talk 2 ini, pelajar dapat melihat kejayaan penceramah sebagai seorang teknologis dan usahawan dalam industri tersebut, yang dapat menginspirasi dan memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai matlamat dan impian mereka dalam kerjaya.

by Kj Adzhar

Industrial Talk @ MJII DKR

 








1. Nama aktiviti: Industrial Talk @ MJII

2. Tarikh: 15 Mac 2024

3. Tempat: Theatratte 3

4. Penglibatan:  Semua pelajar Program DKR

5. Anjuran: Program DKR

6. Sinopsis: Program Industrial Talk @ MJII ini disertai oleh En. Hazrul Muhammad merupakan alumni DKR yang bekerja di Petronas Digital Sdn. Bhd. dalam bidang transmisi data dan rangkaian melibatkan fasiliti Petronas di pelantar Minyak selaku penceramah. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar DKR dengan dunia sebenar industri. Pelajar mendapat peluang untuk memperluas pengetahuan dan pemahaman mereka tentang aplikasi data dan rangkaian dalam industri minyak dan gas, termasuk trend terkini, teknologi terkini dan cabaran yang dihadapi. Sesi industrial talk ini memberi pelajar wawasan yang berguna untuk mempersiapkan diri mereka untuk pasaran kerja. Mereka dapat mengetahui tentang keperluan industri, kemahiran yang diperlukan, dan jalan kerjaya yang tersedia. Melalui Program Industrial Talk @ MJII ini, pelajar dapat melihat kejayaan alumni dan organisasi dalam industri tersebut, yang dapat menginspirasi dan memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai matlamat dan impian mereka dalam kerjaya.

by Kj Adzhar