Friday, May 17, 2013

MJII...Pembentangan Final Year Project 1

16hb Mei 2013, telah berlangsung sesi pembentangan Final Year Project I oleh pelajar-pelajar semester 4 MJII.

MJII...Persiapan ROBOCON 2013

Rakan-rakan dari IKM Johor Bahru dan Beseri yang menyiapkan robot masing-masing.

Wednesday, May 15, 2013

MJII...ROBOCON 2013...

Zainal sensei yang banyak membantu dalam menyiapkan robot-robot untuk ROBOCON 2013.

MJII...Pasukan MARA ROBOCON 2013

MJII telah menjadi tempat semua pasukan ROBOCON MARA berkampung bagi menyiapkan robot masing-masing. Pasukan MARA terdiri daripada IKM/KKTM Johor Bahru, Beseri, Pekan, Kemaman dan Petaling Jaya. Mina san ganbatte kudasai.

MJII...Persiapan ROBOCON 2013...

Pasukan ROBOCON 2013 MJII sedang bertubgkus lumut menyiapkan robot bagi pertandingan ROBOCON 2013 yang akan berlangsung di USIM pada 22hb Mei 2013 nanti.

Sunday, May 12, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Tuan Haji Wan Sabri

Cenderahati kenangan daripada Kakitangan Jabatan Embedded System MARA Japan Industrial Institute...

Saturday, May 11, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Pengarah bersama Kakitangan MJII

10hb Mei 2013, merupakan hari terakhir Tuan Hj Wan Sabri bin Wan Ismail menjalankan tugas sebagai Pengarah MJII. Majlis perpisahan beliau telah diadakan untuk meraikan pemergian beliau ke IKM Lumut Perak. Beliau telah bertugas selama 3 tahun di MJII bermula Mei 2010. semoga beliau akan lebih berjaya di tempat baru nanti.

Friday, May 10, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Pengarah

sambungan...

MJII...Majlis Perpisahan Pengarah bersama Pelajar

08hb Mei 2013, bertempat di Surau Riyadusolihin MJII, satu majlis dan jamuan perpisahan untuk meraikan perpindahan Pengarah MJII Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail telah dianjurkan oleh MPP dan PEMUDA. Tuan pengarah telah mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan amanat terakhir beliau kepada para pelajar.

Thursday, May 9, 2013

MJII...Bengkel Robocon 2013

08hb - 09hb Mei 2013, satu bengkel Robocon bersama Cytron Sdn Bhd telah berlangsung di Shizuoka Library MJII.

MJII...English is Easy...

Pada 03hb Mei 2013, MJII telah menjemput Encik Mohd Fadhil Harfiez untuk memberi ceramah memantapkan Bahasa Inggeris.

Monday, April 29, 2013

MJII...Piala Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail

Pada 27 & 28hb April telah diadakan pertandingan bola tampar tertutup bagi merebut Piala Tuan Haji Wan Sabri Pengarah MJII.

Monday, April 15, 2013

MJII...MiROC 2013 di UniMAP Perlis

Pasukan ke pertandingan MiROC 2013 diketuai oleh Ismail sensei dan Dzulaidi sensei. Kali ini MJII membawa cabaran 2 robotnya untuk 2 kategori iaitu Kategori Fire Fighting dan Robot Climbing.