Thursday, August 30, 2012

KKTMB...Majlis Perpisahan En. Hamdan

30hb Ogos 2012, satu majlis perpisahan untuk Encik Hamdan iaitu pemandu F1 KKTM Beranang telah diadakan. Beliau akan berpindah ke Kolej MARA Seremban mulai September 2012. Majlis juga meraikan Alias sensei yang akan berkursus di India selama 2 bulan mulai 02hb September ini. Selamat berjaya kepada kedua-dua kakitangan MARA ini.

KKTMB...Lawatan ke Sekolah Menengah Khir Johari Beranang dan Sekolah Menengah Bandar Tasik Kesuma

25hb Ogos 2012, satu deligasi diketui oleh Timbalan Pengarah Kakademik KKTM beranang, En. Mohd Azman telah mengadakan lawatan kerja ke SMK Khir Johari Beranang selangor. Seterusnya delligasi juga singgah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma Beranang Selangor.

Wednesday, August 15, 2012

KKTMB...Jamuan Berbuka Puasa 2012

sambungan...Majlis dimulai jam 6.30 petang dengan ucapan pengarah, Pemberian Duit Raya kepada pelajar-pelajar terpilih dan saguhati kepada imam dan bilal solat terawikh sepanjang Ramadhan ini.

KKTMB...Jamuan Berbuka Puasa 2012

sambungan...

KKTMB...Jamuan Berbuka Puasa 2012

14hb Ogos bertempat di Surau Riyadusolihin, telah diadakan majlis berbuka puasa bersama Pengarah KKTM Beranang. Majlis dimuali dari jam 10 pagi dengan acara rewang menyiapkan juadah berbuka puasa diketuai oleh Norizam sensei.

Tuesday, August 14, 2012

KKTMB...Kursus Pengendalian Alatan Embedded System

2-9hb Ogos, satu latihan pengendalian alatan terlah diadakan di Bengkel Real Time Operating System KKTM Beranang.

KKTMB...Bengkel 5S hari kedua

14hb Ogos 2012, bengkel 5S telah berjalan untuk hari kedua iaitu sesi taklimat kepada Auditor dan sesi audit di zon-zon terpilih. Seterusnya sasi rumusan audit telah diadakan pada jam 2.00 petang.

Monday, August 13, 2012

KKTMB...Bengkel 5S Persijilan Kali Kedua

13hb Ogos 2012, satu bengkel peningkatan tahap persijilan telah diadakan. KKTMB telah menjemput Encik Mohammad Bin Omar untuk mengendalikan bengkel dan membantu KKTMB untuk memproleh persijilan tahap kedua.

KKTM Beranang...Tag Line...

Saudara Muhammad Fathlullah Bin Ahmad Azam, semester 1 dari kelas Momiji telah dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta Tagline KKTM Beranang. Hadiah telah disampaikan oleh Tuna Pengarah KKTM Beranang pada Majlis Anugerah Pengarah. Dengan itu, maka telah termaktub Tagline ialah " Start Here, Succeeed Everywhere ".

Friday, August 3, 2012

KKTMB...Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Pengarah

Majlis telah diadakan di Dewan Besar Hyogo dapa 02hb Ogos 2012. Sijil-sijil penghargaan disampaikan oleh Tuan Pengarah KKTMB, Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail.