Saturday, March 29, 2014

MJII...Sukan Antara Kakitangan IKM/KKTM (SUKAT) 2014

16hb - 19hb Mac 2014, SUKAT 2014 telah berlangsung di IKM Jasin. Ianya disertai oleh semua IKM dan KKTM seMalaysia iaitu berjumlah 24 kontinjen.

MJII...Majlis Perpisahan Staff Encik Yoshimi Ota dan Puan Ruslinda

21hb Mac 2014, MJII telah mengadakan majlis perpisahan untuk dua orang kakitangannya iaitu Encik Yoshimi Ota dan Puan Ruslinda Ruslee. Encik Yoshimi Ota akan pulang ke Jepun setelah berada selama lebih 3 tahun di MJII sebagai penasihat teknikal dan Puan Ruslinda kaan menyambung pelajaran di peringkat Phd di Glasgow Scotland. Minasan Ganbatte kudasai.

Wednesday, March 26, 2014

Aktiviti....no update

kerana talian internet yang sangat perlahan..maka terdapat kesukaran untuk memuat naik aktiviti dan gambar-gambarnya... harap maaf...sila ke facebook MJII untuk melihat sebarang aktiviti terkini...

Sunday, March 9, 2014

MJII...Melawat Saudara Adib Azizan

9hb Mac 2014, Norizam sensei bersama saudara Tamim sempat melawat saudara Adib Azizan yang sedang dirawat di Hospital Tunku Jaafar Seremban kerana kemalangan semalam.

MJII...Majlis Perpisahan Encik Abd Walid dan Puan Syakirah

Jumaat 7 Mac 2014, MJII kehilangan dua orang lagi staffnya iaitu Encik Abd Walid bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah (KP HEP) dan Puan Syakirah binti Mohammad Taib (pensyarah). Encik Abd Walid akan berpindah ke tempat baharu iaitu IKM Kuala Lumpur dan Puan Syakirah akan menyambung pelajarannya di peringkat Phd di Brunell University di London. Mina san ganbatte kudasai.

MJII...Perkongsian Maklumat bersama KKTM Petaling Jaya

Rabu, 5 Mac 2014, satu rombongan daripada KKTM Petaling Jaya telah berkunjung ke MJII bagi menghadiri satu bengkel sehari berkongsi maklumat tentang proses pendaftaran dan menjalani audit MQA.

Sunday, March 2, 2014

MJII...Mesyuarat Badan Kebajikan Kakitangan MJII ke 4

28hb Februari 2014, Badana Kebajikan Kakitangan MJII telah memilih ahli jawatankuasanya yang baru bagi penggal 2014 dan 2015.