Wednesday, May 31, 2023

Karnival Pendidikan Mara 2023... seMalaysia

 


Sayounara Senpai 2023

 
















1. Nama Aktiviti : Sayounara Senpai 2023

2. Tarikh   :  26 Mei 2023 (Jumaat)

3. Masa  : 8.45 malam

4. Tempat : Dewan Hyogo, MJII

Terima kasih senpai semester 5 diatas kerjasama dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti sepanjang di MJII sehingga tercipta kejayaan. Selamat menjalani Latihan Industri dan semoga sukses dan cemerlang dimasa akan datang.

'Pesanan Buat Senpai'


Dari sini kami titipkan doa

Agar kalian semua terus maju dan jaya

Menjadi manusia yang mulia

Bermanfaat bagi sesamanya


Ke mana pun kalian pergi

Selalulah menjaga diri

Akhlak mulia senantiasa menghiasi

Patuh dan taat pada suruhan Ilahi


Jasa sensei jangan dilupakan

Silaturrahim jangan diputuskan

Semoga cerah masa hadapan

Itu lah doa dari kami untuk kalian semua


Sayounara Senpai

Tphea

by Pn. Hidayah Library

Perbincangan antara MJII dan University of South Australia UniSA









 1. Nama Aktiviti :  Perbincangan antara MJII dan University of South Australia

2. Tarikh   :  29 Mei 2023 (Isnin)

3. Masa  : 10.00 pagi

4. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara, MJII

5. Synopsis/keterangan ringkas:  

Satu sesi perbincangan telah diadakan antara pihak MJII dengan wakil daripada University of South Australia (UniSA) iaitu Mr. Jackson Jaensch,  Manager, International Business Development UniSA STEM dan Ms. Melanie Pan, Manager E&M Education Counselling Centre. Perbincangan merangkumi sesi pengenalan tentang MJII dan UniSA di samping membincangkan tentang peluang pelajar untuk perolehi 'transfer credit' sekiranya pelajar MJII melanjutkan pengajian ke UniSA dan peluang untuk bekerjasama. Mr. Jackson dan Ms. Melanie juga dibawa melawat Robotic Lab dan Cleanroom untuk melihat kemudahan pembelajaran di MJII.

by Kaunselor Hani

Tuesday, May 30, 2023

Pertandingan WSMB 2023 peringkat pra kelayakan.

 









1. Nama aktiviti:
Pertandingan WSMB 2023 peringkat pra kelayakan.
2. Hari: Sabtu
3. Tarikh: 27/05/2023, 830am-100pm
4. Tempat: 
CIAST, Shah Alam
5. Penglibatan: 
4 peserta MJII :

i. AMIRUL SHARIF BIN SHARIFUDIN, dkm sem 2, sony
ii. AIN NABILA BINTI ABDUL RAHIM, dkm sem 4, tobu
iii. MUHAMMAD ARIF BIN MAHZAN, dks sem 4, nankai
iv. FAQIHAH BINTI AHMAD HASBI, dkr sem 2, daikin

6. Sinopsis: 
Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2023 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang terdiri daripada belia/pelajar/pekerja mahir yang berumur tidak melebihi 21 tahun. Pertandingan WSMB peringkat pra kelayakan kali ini telah disertai oleh  51 peserta mewakili agensi institut latihan kemahiran seluruh negara seperti MARA, Politeknik, JTM, KV, GiatMARA dan sebagainya.

8-12 peserta yang berjaya memperoleh markah tertinggi akan berpeluang untuk bertanding di peringkat akhir yang akan diadakan pada bulan Oktober 2023.
by Yusof sensei


Saturday, May 27, 2023

Pertandingan Pra Kelayakan Worlskill Belia 2023

 


Keberangkatan 4 wakil peserta WSMB2023 MJII bidang elektronik hari ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan anak2 pelajar ini, diberikan kekuatan, dipelihara kesihatan, diterangkan hati, ditajamkan akal dan sebagainya.semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan peringkat pra kelayakan esok Sabtu, 27/05/2023, 830am-100pm.amin..

Tuesday, May 23, 2023

Program Hari MARA Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar

 








1. Nama Aktiviti : Program Hari MARA Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar

2. Tarikh         :  19 – 21 Mei 2023

3. Masa         : 9.00 Pagi – 4.00 petang

4. Penganjur : Pejabat MARA Negeri Selangor

5. Tempat : UTC Selangor@Anggerik Mall, Shah Alam

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Program ini merupakan saluran informasi yang dibawakan terus kepada rakyat berkaitan fungsi MARA di bawah Sektor Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan. Program yang dihadiri oleh Pengerusi MARA Ybhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki adalah program MARA bersama rakyat dan jelajah pendidikan sehingga ke peringkat akar umbi yang mensasarkan pelajar lepasan SPM dan STPM. 


Pihak MARA mengambil inisiatif untuk menyalurkan maklumat dan menawarkan peluang pendidikan lanjutan kepada pelajar di semua peringkat lanjutan atau ingin mempelbagaikan bidang kemahiran.


MARA Japan Industrial Institute, MJII Beranang telah turut serta dalam program ini dengan membuka booth pameran bagi memperkenalkan TVET MARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang serta menyalurkan maklumat mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan kepada pengunjung antaranya para pelajar sekolah, guru dan ibu bapa yang hadir.


Bagi pelajar yang berminat meneruskan pengajian ke MJII Beranang yang merupakan pusat pengajian TVET MARA dalam bidang kejuruteraan elektronik yang telah melahirkan ramai pelajar cemerlang boleh mendaftar segera di https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/ dan https://bit.ly/BorangKemasukanMJII.


#mjiiberanang

#tvetmara

#buildingtalentgeneratingfuture

#JomMasukKKTMMJIIIKM

by Nazmi sensei

Thursday, May 18, 2023

Program CSR Jabatan Data Transmisi Data dan Rangkaian - Explorace STEM

 










1. Program : Program CSR Jabatan Data Transmisi Data dan Rangkaian - Explorace STEM

2. Tarikh : 17 Mei 2023 (Rabu)

3. Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang 

4. Penganjur : Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR) 

5. Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching 

6. Peserta : 50 orang pelajar darjah 4 SK Kampung Rinching 

7. Sinopsis/Keterangan Ringkas :


Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian dalam usaha untuk  menarik minat pelajar-pelajar sekolah kebangsaan terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Program ini dibantu oleh 18 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester 2 (kelas Daikin) dari Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian. Antara aktiviti STEM yang dilaksanakan ialah Magic Ballon, Puzzle Sifir, Cup Stack Challenge, Cargo Plane Challange, Oobleck Experiment dan Congak Minda. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dimeriahkan lagi dengan kehadiran En Mohd Faizal bin Abd Aziz (Guru Besar, Sk Kampung Rinching), Pn Suhana binti Rashid (Ketua Jabatan, Transmisi Data dan Rangkaian) serta guru-guru SK Kampung Rinching dan pensyarah-pensyarah jabatan Transmisi Data dan Rangkaian. Diharap program ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan selain daripada memupuk minat para peserta terhadap Sains dan Matematik.

by Hajar sensei

Majlis Sambutan Aidilfitri MJII 2023

 
















1. Nama aktiviti: Majlis Sambutan Aidilfitri MJII 2023

2. Tarikh:  12 Mei 2023

3. Masa : 2.30 ptg

4. Penganjur: Badan Kebajikan Kakitangan MJII & Majlis Perwakilan Pelajar MJII

5. Tempat: Dewan Hyogo, MJII

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat MJII telah diadakan melibatkan Kakitangan dan Pelajar MJII, serta kakitangan kontraktor kawalan keselamatan dan kontraktor  pembersihan MJII. 


Tema sambutan hari raya pada tahun ini  ialah #ootd. Majlis dimeriahkan dengan pertandingan Dekorasi Booth Tercantik yang dimenangi oleh Unit Pentadbiran MJII.


Disamping menu utama iaitu nasi hujan panas oleh Haji Chief, setiap jabatan dan unit, termasuk Surau Riyadus Solihin dan Koperasi turut bersama-sama memeriahkan suasana dengan menyediakan juadah, seperti lemang dan rendang, laksa, sate, cendol, roti jala dan pelbagai kuih muih serta biskut raya.


Majlis dimulai dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Puan Aznira yang sedang menjalankan tugas pengarah MJII disususli dengan sesi persembahan daripada pelajar-pelajar MJII dan satu persembahan istimewa daripada kakitangan MJII. Majlis tamat pada jam 5.00 petang.

by Fatma sensei