Friday, December 29, 2023

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KRT BANDAR RINCHING SEKSYEN 5

 







1. Nama program: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KRT BANDAR RINCHING SEKSYEN 5.

2. Tarikh : 18 November 2023

3. Masa : 7.00 pagi - 1.00 petang

4. Tempat : Padang Zon D Bandar Rinching Seksyen 5

5. Penganjur : Persatuan Penduduk Bandar Rinching Seksyen 5

6. Keterangan Program :

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif  tanggungjawab sosial kepada komuniti, seramai 19 orang pelajar Semester 1 dari kelas Yuushuu  Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) telah menyertai  Program Gotong Royong mingguan mengikut Zon di Bandar Rinching Seksyen 5.Program gotong royong ini merupakan acara bulanan yang disertai penduduk Bandar Rinching Seksyen 5. Selain daripada gotong royong, pelajar juga berpeluang melaksanakan pemeriksaan kesihatan melalui aktiviti KOSPEN yang diadakan di sini. Melalui kerja-kerja kemasyarakatan seperti ini, ia dapat memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran dan juga mengaplikasikan semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

by Akma Sensei

Bengkel Pembuatan Rak Tanaman Dalam Pasu

 






1. Nama Aktiviti: Bengkel Pembuatan Rak Tanaman Dalam Pasu

2. Tarikh: 14 November 2023

3. Tempat: Bengkel Mekanikal MJII

4. Penglibatan: 6 pelajar dan 4 staf

5. Penganjur: JK GreenTech

6. Sinopsis: Salah satu cara untuk mewujudkan persekitaran rendah karbon di MJII ialah dengan penanaman pokok selari dengan inisiatif Greening TVET. Aktiviti penanaman pokok di dalam pasu telah lama dibuat bagi menghias kawasan persekitaran kerana cara ini lebih mudah untuk dijaga selain kos yang lebih murah. Bagi menggalakkan aktiviti ini, satu rak telah dibina untuk dijadikan tempat untuk menyusun dan menanam pokok-pokok dalam pasu dan akan diletakkan di tempat yang bersesuaian. Bahan utama rak ini ialah Aluzinc Blue Steel Truss (C Channel) yang ringan, mudah dibentuk dan dicantumkan hanya menggunakan skru. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Mekanikal iaitu En. Zainal Ahamad.

by Alifudin sensei

Bengkel Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai

 












1. Nama Aktiviti: Bengkel Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai

2. Tarikh: 14 November 2023

3. Tempat: Wa Senta (Cafe Atas) MJII

4. Penglibatan: 10 pelajar dan 10 staf

5. Penganjur: JK GreenTech

6. Sinopsis: Minyak masak adalah bahan kegunaan harian yang akan menjadi salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Minyak masak terpakai biasanya boleh dikitar semula dan salah satu cara ialah dengan memprosesnya untuk dijadikan sabun. Bengkel ini dianjurkan sebagai kursus praktikal kaedah home-made  penghasilan sabun buku dan sabun cecair yang boleh dimanfaatkan dari minyak masak terpakai. Kebanyakkan bahan dan alatan yang digunakan adalah barang-barang yang biasa ada dapur. Setiap peserta telah berjaya menghasilkan sabun-sabun dengan pelbagai warna dan wangian mengikut kesukaan masing-masing untuk dibawa balik.

by Alifudin Sensei

Thursday, December 28, 2023

𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗧𝗘𝗗 𝗖𝗜𝗥𝗖𝗨𝗜𝗧 𝗗𝗘𝗦𝗜𝗚𝗡 𝗕𝗢𝗢𝗧𝗖𝗔𝗠𝗣

 






𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗔𝗧𝗘𝗗 𝗖𝗜𝗥𝗖𝗨𝗜𝗧 𝗗𝗘𝗦𝗜𝗚𝗡 𝗕𝗢𝗢𝗧𝗖𝗔𝗠𝗣

(3rd Batch) 


Tarikh :  12 Dis 2023 - 22 Dis 2022

Masa :  9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat:  Makmal IC Design dan Smart Classroom,MJII


Program Bootcamp bagi pembuatan IC Design merupakan satu program pembangunan pelajar, khas untuk pelajar Mikroelektronik (DKM) semester 3. 


Bootcamp ini dianjurkan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan rekabentuk analog IC seterusnya mendapatkan input bagi mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti seperti projek tahun akhir dan kajian ilmiah pelajar Jabatan DKM. 


Integrated Circuit Design Bootcamp ini diadakan dengan kerjasama Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC), Universiti Sains Malaysia. 


Program ini dimulakan dengan Technical Talk dari CEDEC, 

✅Introduction to Analog Design Flow

✅Everthing You Ever Wanted to Know About Sensor World

✅ Front End Design

✅ Back End Design

✅ Introduction to Test & Measurement


Industrial Talk dari Panel Industri, 

✅Semiconductor Wafer Fabrication Technology (MIMOS)

✅Artificial Intelligent (UST Global)

✅IC Design Technology & Career Opportunities 

(Emerald System)


Pelajar juga turut diberikan tugasan bagi menyiapkan projek berkaitan IC Design. 


Program ini memberikan input serta pengalaman berharga buat pelajar dalam mendalami ilmu berkaitan mikroelektronik dan menjadi nilai tambah buat semua pelajar DKM.

by Hafizan sensei

𝐁𝐚𝐬𝐢𝐜 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐨𝐫 𝐆𝐫𝐚𝐩𝐡𝐢𝐜𝐬 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐞𝐧𝐜𝐲 𝐄𝐱𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐨𝐮𝐫𝐬𝐞






 𝐁𝐚𝐬𝐢𝐜 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐨𝐫 𝐆𝐫𝐚𝐩𝐡𝐢𝐜𝐬 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐞𝐧𝐜𝐲 𝐄𝐱𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐨𝐮𝐫𝐬𝐞

Tarikh/Hari : 14 - 15 Dis 2023 

Tempat : Makmal IC Design,MJII

Penglibatan : 29 orang pelajar semester 3 dan 2 orang pelajar semester 5 Program Mikroelektronik

 

Peperiksaan kompetensi dalam penggunaan perisian Mentor Graphics ini melibatkan semua pelajar semester 3 dan 2 orang pelajar semester 4 program Mikroelektronik. Perisian Mentor Graphics ini merupakan salah satu Electronic Design Automation (EDA) tools yang digunakan oleh industri dalam merekabentuk Integrated Circuit. Peperiksaan ini dikendalikan oleh En. Khoo Choon Hau dari Emerald System.  

Seramai 17 orang pelajar telah berjaya lulus dari 29 pelajar yang menduduki peperiksaan ini.  Pelajar yang lulus telah menerima sijil kompetensi bagi Asas Mentor Graphic. Semoga dengan penilaian dan kejayaan ini menjadi nilai tambah buat pelajar DKM. Tahniah buat yang berjaya.

by Hafizan sensei

Sunday, December 24, 2023

MJII .... PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JANUARI - JUN 2024 (ONLINE)

 


🌸Selamat Datang 
Ke MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE BERANANG🌸

PELAJAR BAHARU SESI JANUARI - JUN 2024

📌 PENDAFTARAN (ONLINE)

26 DISEMBER 2023 l SELASA

📌 MINGGU SILATURAHIM PELAJAR (HYBRID) 

26 & 27 DISEMBER 2023 l SELASA & RABU

DAN

2 & 3 JANUARI 2024 l SELASA & RABU

BY Juliana Sensei


Friday, December 22, 2023

Lawatan Kerja Penandaarasan dari Politeknik Kota Kinabalu

 





1. Nama aktiviti: Lawatan Kerja Penandaarasan dari Politeknik Kota Kinabalu

2. Tarikh: 20 Disember  2023

3. Tempat: Bilik Mesyuarat Nara, MJII Beranang

4. Sinopsis: MJII telah menerima kunjungan daripada wakil Jabatan Elektrik, Politeknik Kota Kinabalu, iaitu Cik Rosmawati Othman bagi penandaarasan Akademik. Perbincangan adalah berkisar kepada PEO Keusahawanan, pelaksanaan FYP, kelab pelajar dan lain-lain. Semoga perkongsian ini memberi impak positif kepada kedua belah pihak.

by Fatma sensei

Monday, December 18, 2023

3rd UniKL International Robattle Competition 2023

 












1. Nama aktiviti: 3rd UniKL International Robattle Competition 2023

2. Tarikh: 10-12 Disember  2023

3. Tempat: UniKL MFI Bangi, Selangor

4. Penglibatan:  2 orang pensyarah dan 8 orang pelajar DKS

5. Sinopsis: 3rd UniKL International Robattle Competiton 2023 dianjurkan oleh pihak UniKL MFI. Pelbagai kategori pertandingan telah diadakan termasuk daripada pernyertaan pihak sekolah dan institusi pendidikan dalam dan luar negara. MJII telah menyertai 4 kategori pertandingan ini iaitu Combat Robot 8kg, Sumo Robot 3kg (Open), Line Following(Open) dan Innovation Competition. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

i. Kategori Innovation- Johan

ii. Kategori Line Following Robot(Open): Tempat ke-4

iii. Combat Robot 8kg- Peringkat suku akhir

iv. Sumo Robot 3kg(Open)- peringkat kumpulan

Melalui pendedahan terhadap pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan kesediaan para pelajar dalam menghadapi pertandingan pada masa akan datang.

by Norizam sensei

Wednesday, December 13, 2023

Kursus IOT Wireless Communication Equipment System

 








1. Nama aktiviti: Kursus IOT Wireless Communication Equipment System

2. Tarikh: 24 November-1 Disember November 2023

3. Tempat: Embedded Application Lab, MJII

4. Penglibatan:  5 orang pensyarah DKE

5. Sinopsis: Kursus ini telah dikendalikan oleh Mr EEric selaku certified trainer daripada keysight. Objektif latihan ini adalah untuk memperkukuhkan Kemahiran dan kepakaran IOT di kalangan tenaga pengajar Jabatan Embedded System agar seiring dengan keperluan industry 4.0. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi kebolehpasaran graduan MJII melalui pembentukan kurikulum yang menjurus kepada “industrial driven curriculum’. Kursus selama 5 hari ini merangkumi teori asas rekabentuk dan validasi sistem IOT dan latihan amali applikasi teknologi tanpa wayar (WLAN, BLE, ZigBee, LoRa) , interpretasi dan mengukur prestasi komunikasi frekuensi radio menggunakan teknologi terkini daripada keysight.

by Hamimi sensei