Monday, February 26, 2024

Taklimat Kesedaran Kanser 2024

 







1. Nama Program: Taklimat Kesedaran Kanser

2. Tarikh: 23 Februari 2024

3. Tempat: Tokyo Hall, MJII

4. Penganjur: JKKP MJII dan Makna Malaysia

5. Sinopsis/keterangan: 

Taklimat Kesedaran Kanser telah diadakan di MJII melibatkan semua staf MJII. Taklimat kesedaran kanser Makna merujuk kepada sesuatu taklimat yang diberikan oleh organisasi atau kempen kesedaran kanser yang dikenali sebagai MAKNA (Majlis Kanser Nasional) di Malaysia. MAKNA adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman, dan pendidikan mengenai kanser di kalangan masyarakat Malaysia.

Taklimat kesedaran kanser MAKNA bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat Malaysia tentang faktor risiko, tanda dan gejala kanser, serta langkah-langkah pencegahan yang penting. Melalui program ini, MAKNA juga menyediakan maklumat mengenai rawatan, sokongan, dan khidmat-khidmat yang mereka tawarkan kepada individu yang terjejas oleh kanser dan keluarga mereka. Ini semua bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pencegahan, dan sokongan terhadap kanser di kalangan masyarakat.

by Kj Adzhar

Ujian Saringan Kesihatan 2024

 







1. Nama Program: Ujian Saringan Kesihatan 

2. Tarikh: 23 Februari 2024

3. Tempat: Wasenta, MJII

4. Penganjur: JKKP MJII dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

5. Sinopsis/keterangan: 

Ujian Saringan Kesihatan diadakan di MJII melibatkan semua pelajar MJII, MJHEP, Staf, Pekerja pembersihan dan keselamatan.  Program ini bertujuan untuk mengesan penyakit atau masalah kesihatan dengan awal, memberikan rawatan yang sewajarnya, serta mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan masyarakat.

Ujian saringan kesihatan yang diadakan di MJII meliputi aspek kesihatan seperti:

Pemeriksaan Fizikal: Ini termasuk pemeriksaan tekanan darah, berat badan, ketinggian, dan pemeriksaan lain yang dapat membantu mengenal pasti masalah kesihatan secara fizikal.

Pemeriksaan Darah: Ujian darah dapat memberikan maklumat tentang tahap gula dalam darah (untuk mengenal pasti diabetes), tahap kolesterol (untuk risiko penyakit jantung), serta penyakit lain yang mungkin boleh dikesan melalui analisis darah.

by Kj Adzhar

Taklimat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) MJII 2024

 





1. Nama Program: Taklimat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) MJII

2. Tarikh: 12 Januari 2024

3. Tempat: Surau Riyadussolihin, MJII

4. Penganjur: JKKP MJII

5. Sinopsis/keterangan: Taklimat JKKP telah disampaikan oleh En. Syaban bin Shamsulkamar melibatkan semua pelajar dan staf MJII untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia juga boleh meliputi perkara-perkara seperti cara-cara untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko kecederaan di MJII, langkah-langkah pencegahan kebakaran, prosedur evakuasi kecemasan, dan penggunaan peralatan keselamatan.

Taklimat JKKP penting kerana ia membantu memastikan bahawa syarat-syarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi dengan betul, yang seterusnya dapat melindungi warga MJII dari kecederaan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan kesedaran warga MJII berkaitan tanggungjawab mereka dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

by Kj Adzhar 

Sunday, February 25, 2024

Staff MJII Beranang Mendaki Bukit Broga 2024

 





1. Nama Program: Staff MJII Beranang Mendaki Bukit Broga.

2. Tarikh : 07 Februari 2024

3. Tempat: Semenyih, Selangor

4. Sinopsis/keterangan: Seramai 19 orang staf MJII Beranang telah mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Turut serta dalam aktiviti mendaki ini adalah Timbalan Pengarah HEP iaitu Pn. Nordiana Awang. Aktiviti ini diadakan bagi meningkatkan lagi stamina, enduran, kesedaran dalam menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal secara outdoor. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan sifat kerja berpasukan, tidak mudah putus asa, saling bantu membantu dikalangan staf MJII Beranang.

by Kj Iswandy

Friday, February 23, 2024

Kunjung Hormat dari Yayasan Digital Malaysia (YDM) ke MJII

 





1. Nama Program: Kunjung Hormat dari Yayasan Digital Malaysia (YDM) ke MJII

2. Tarikh : 22 Februari 2024

3. Tempat: Sendai Meeting Room, MJII

4. Sinopsis/keterangan: YDM menyatakan hasratnya untuk mengadakan usahasama dengan MJII dalam pelbagai bidang berkaitan dengan latihan dan keusahawanan. Antara perkara dibincangkan untuk usahasama termasuklah  :-

i. Program pensijilan industri -upskilling

ii. Program Hardware Sanitize

iii. Final Year Project

iv. Project Commercialization

v. Keusahawanan

by Ahmado mukhlis sensei

Program: Staff MJII Beranang Mendaki Bukit Melati 2024

 






1. Nama Program: Staff MJII Beranang Mendaki Bukit Melati.

2. Tarikh : 10 Januari 2024

3. Tempat: Nilai, Negeri Sembilan

4. Sinopsis/keterangan: Seramai 17 orang staf MJII Beranang telah mendaki Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan. Turut serta dalam aktiviti mendaki ini adalah Pengarah MJII Beranang iaitu Ts. Dr. Mahazani Ali. Aktiviti ini adalah julung kali diadakan bagi meningkatkan lagi stamina, enduran, kesedaran dalam menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal secara outdoor. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan sifat kerja berpasukan, tidak mudah putus asa, saling bantu-membantu dikalangan staf MJII Beranang.

by Kj Iswandy

Thursday, February 22, 2024

Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2024/2025

 




1. Nama Program: Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2024/2025

2. Tarikh : 21 Februari 2024 

3. Tempat: Dewan Hyogo, MJII Beranang

4. Sinopsis/keterangan: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan sebuah organisasi yang anggotai oleh pelajar dilantik melalui perlembagaan MPP. MPP berfungsi sebagai perantara kepada pelajar dengan pihak pentadbiran. Ianya juga berperanan sebagai badan yang menjaga kebajikan semua pelajar di samping membantu pihak pengurusan dan pentadbiran KKTM, MJII dan IKM meningkatkan kualiti akademik, pembangunan sikap dan kerohanian serta menjayakan pelbagai agenda semasa KKTM, MJII dan IKM. 


Majlis pelantikan ini dilaksanakan secara terbuka dihadapan semua pelajar agar semua warga MJII, Beranang maklum tentang pelantikan ini. Majlis ini juga diadakan sebagai satu penghormatan ke atas pelantikan MPP baru dan penyerahan tugas secara formal daripada pada mantan MPP tahun sebelumnya. Moga dengan pelantikan ini, MPP dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggungjawab. Diharap semua pelajar MJII, Beranang dapat memberikan Kerjasama yang baik kepada barisan MPP yang baru.

by Ustazah Hidayah

Wednesday, February 21, 2024

Program: Youth Empowerment Fair 2024

 















1. Nama Program: Youth Empowerment Fair 2024

2. Tarikh :  3 dan 4 Februari 2024 

3. Tempat: Kuala Lumpur Convention Hall

4. Sinopsis/keterangan: Program Youth Empowerment Fair 2024 (#YEF24) telah dianjurkan oleh Yayasan Go Strong Malaysia pada 3 dan 4 Februari 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Hall. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi muda masa kini tentang peluang dan cabaran yang bakal mereka hadapi untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Acara yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan seramai 42 orang pelajar dari Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Expert Emcee MJII Beranang. YEF 2024 menyediakan bengkel praktikal dan sesi pembangunan kemahiran dalam kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran digital kepada peserta. Program itu juga menyediakan ruang untuk sesi interaksi, bimbingan dan nasihat kepada para peserta. Melalui program ini, peserta dapat berhubung dengan organisasi/industri antarabangsa dan diharap ianya dapat membuka jalan kepada peluang pekerjaan pada masa hadapan. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan dan persediaan tentang Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) kepada peserta, dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam teknologi semasa, kecerdasan buatan dan inovasi digital.

by Teacher Nurdalilah


Tuesday, February 20, 2024

Pendedahan penggunaan Progammable Logic Control (PLC) WECON

 










1. Nama Program: Pendedahan penggunaan Progammable Logic Control (PLC) WECON

2. Tarikh :  20hb Februari 2024 

3. Tempat: SPCL System Sdn Bhd, Puchong, Selangor

4. Sinopsis/keterangan: Pihak SPCL System adalah pengedar tunggal bagi produk Wecon di Malaysia. MJII telah menghantar 2 orang wakil bagi mempelajari teknologi PLC Wecon yang mengandungi, Human Machine Interface, Teknologi Industrial Internet of Things dan Pengunaan Cloud Scada. Diharapkan pendedahan teknologi ini memberi banyak input untuk kegunaan subjek Industrial Control System dan Industrial Automation.

by Sensei Azrul Erdy