๐️ KEJAYAAN PELAJAR TVET MARA MJII RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM PERTANDINGAN PIDATO BAHASA JEPUN AEON 1% CLUB 2026
๐ Program : Pertandingan Pidato Bahasa Jepun AEON 1% Club
๐ Tarikh : 12 November 2026 (Khamis)
๐ Tempat : AEON Hall Shah Alam, Selangor
๐ข Anjuran : AEON 1% Club
๐ฅ Penglibatan TVETMARA MJII
* Pelajar : Zunnur Aizayurie binti Zaeime & Nor Aidatul Nadhirah binti Ropandi
* Pensyarah : Pensyarah Bahasa Jepun, Jabatan Pengajian Am, TVETMARA MJII
๐ฌ Dari rakaman video ke pentas pidato
Pertandingan yang mula diadakan pada tahun 2024 ini memasuki edisi ketiga pada tahun 2026. Pada saringan pertama ( 17 Julai 2026), lima orang pelajar TVETMARA MJII telah menghantar video pidato berdurasi 1.5 minit bertemakan 「ๆฅๆฌ่ชใ้ใใฆๅบใใฃใ็งใฎไธ็」 (Dunia Saya yang Semakin Luas Melalui Bahasa Jepun).
Daripada 21 penyertaan video di peringkat Malaysia, 10 peserta terpilih untuk mara ke saringan kedua secara bersemuka yang diadakan pada 12 November 2026 .Mereka terdiri daripada dua peserta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dua peserta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang peserta Universiti Malaya (UM), tiga peserta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dua peserta TVETMARA MJII.
๐ค Tiga minit berpidato, dua minit menjawab soalan
Pada saringan kedua, setiap peserta menyampaikan pidato selama tiga minit bertemakan 「ๅฐๅใจใจใใซไฝใใตในใใใใซใชๆชๆฅ」 (Membina Masa Depan Lestari Bersama Komuniti). Selepas berpidato, mereka menjawab soalan juri secara spontan dalam bahasa Jepun.
๐ Keputusan pertandingan peringkat Malaysia
๐ฅ Tempat pertama ( Anugerah Terbaik ๆๅช็ง่ณ): Peserta daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
๐ฅ Tempat kedua ·( Anugerah Kecemerlangan ๅช็ง่ณ): Peserta daripada Universiti Malaya
๐ฅ Tempat ketiga ( Anugerah Kecemerlangan ๅช็ง่ณ): Nor Aidatul Nadhirah binti Ropandi daripada kelas KAREI (DKE)
๐ Hadiah kemenangan
Ketiga-tiga pemenang dijemput mengikuti program latihan selama empat hari di Jepun dengan tajaan penuh AEON 1% Club. Program dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 20 Februari 2027.Pemenang tempat pertama akan mewakili Malaysia dalam pertandingan pidato peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2027 di Tokyo, bersama-sama peserta dari negara-negara ASEAN lain
๐ Tahniah kepada kesemua 10 peserta khususnya buat pelajar TVETMARA MJII, Nor Aidatul Nadhirah atas kejayaan meraih tempat ketiga dan Zunnur Aizayurie atas pencapaian mara ke saringan kedua.
๐ฉ๐ซ Excellent Instructor Award
Ketiga-tiga guru pembimbing kepada tiga orang pemenang turut menerima pengiktirafan ๅช็งๆๅฐ่ (Excellent Instructor Award) atas kejayaan dan bimbingan yang diberikan termasuk Cik Fadzliani, Guru Bahasa Jepun, Jabatan Pengajian Am TVETMARA MJII selaku guru pembimbing kepada Nor Aidatul.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada AEON 1% Club atas penganjuran pertandingan dan tajaan program latihan.
Terima kasih kepada Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, atas sokongan terhadap penyertaan pelajar, serta kepada Pensyarah Bahasa Jepun, Jabatan Pengajian Am, atas bimbingan dalam persediaan pertandingan pidato ini.
by sensei Norilawati

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment