Saturday, May 24, 2014

MJII...Mesyuarat Agong Koperasi MJII kali Pertama

23hb Mei 2014, bertempat di Hyogo Main Hall... hmmm...line slow...tidak boleh upload gambar-gambar yang lain...

Monday, May 12, 2014

MJII...Lawatan Kerja Pengarah MJII ke Jepun

Diharapkan tuan pengarah MJII akan dapat menimba banyak pengalaman sepanjang lawatan beliau di sana dan seterusnya membawa MJII ke satu tahap yang lebih tinggi. Ganbatte kudasai.

Sunday, May 11, 2014

MJII...kemudahan Hotel di sekitar MJII

Terdapat beberapa hotel bajet di sekitar MJII bagi yang ada urusan di MJII Beranang. D'view Inn Hotel terletak hanya 300 meter dari MJII. Parking kenderaan di depan hotel cuma pada hari Isnin dan Khamis terdapat pasar malam yang menggunakan tempat parking tersebut. Smart Hotel@Semenyih pula terletak lebih kurang 5 Km daripada MJII iaiitu di pekan Semenyih. Sila google smart hotel @ semenyih untuk mendapatkan lebih informasi.

Friday, May 9, 2014

MJII...Lawatan Kerja ke Jepun

8hb Mei 2014, Encik Marzuki bin Mahamad Radzi Pengarah MJII dan Encik Mahzan bin Teh Pengarah KKTM Ledang telah berangkat ke Jepun. Tujuan lawatan adalah untuk mengadakan lawatan, perbincangan dan kolaborasi dengan institusi-institusi di sana. Diharapkan dengan lawatan kerja selama 10 hari ini akan membuahkan hasil yang positif kepada MJII dan MARA.

Wednesday, May 7, 2014

MJII...Tahniah...Konvensyen Persekitaran Berkualiti QE / 5S 2014

MJII telah mendapat tempat ke 3 daripada 17 KKTM dan IKM seMalaysia di dalam pengamalan Persekitaran Berkualiti QE / 5S. Pasukan MJII diketuai oleh Puan Azlina (Timbalan Pengarah KP&HEP) bersama Adzhar sensei, Fazli sensei dan Puan Zulina telah membentangkan pengamalan MJII untuk mewujudkan PErsekitaran BErkualiti di MJII. Tahniah...tahniah dan tahniah sekali lagi...