*KOPERASI KKTM BERANANG SANTUNI KOMUNITI MELALUI PROGRAM TUKAR MINYAK HITAM MOTOSIKAL SEMPENA HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL (HPPK) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN*
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Beranang telah menyertai Program Tukar Minyak Hitam Motosikal sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2026 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berlangsung di Kajang, Selangor.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yasoa', Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), YBrs. Puan Norhayati binti Nayan, Pengarah SKM Negeri Selangor serta En. Ali Emran Adnan, Pengerusi Koperasi KKTM Beranang yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap inisiatif kemasyarakatan ini.
Penyertaan Koperasi KKTM Beranang melibatkan enam orang pelajar TVET MARA MJII yang turut berganding bahu menjayakan aktiviti penukaran minyak hitam motosikal secara percuma kepada masyarakat setempat.
Sebanyak *200 unit minyak hitam* telah disediakan untuk manfaat orang awam. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan kos penyelenggaraan motosikal, malah memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran teknikal, menimba pengalaman sebenar serta memupuk nilai kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap komuniti.
Lebih bermakna, sambutan HPPK 2026 ini telah disempurnakan oleh *YAB Perdana Menteri Malaysia*, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam menghargai dan memperkasakan golongan penjaja serta peniaga kecil di negara ini.
Penglibatan ini membuktikan bahawa gerakan koperasi bukan sekadar berperanan dalam pembangunan ekonomi, malah turut menjadi platform untuk membina kemahiran, melahirkan generasi prihatin dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
by sensei Helmi

.jpeg)



.jpeg)




.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)





.jpeg)
