Friday, March 31, 2023

Bengkel pemurnian kertas kajian bersama UniKL BMI

 













1. Nama Program: Bengkel pemurnian kertas kajian bersama UniKL BMI

2. Tarikh : 29 Mac 2023 

3. Tempat: Bilik Okinawa, MJII

4. Penganjur: JK Kajian.

4. Sinopsis/keterangan:

Bengkel pemurnian kertas kajian bersama pihak UniKL BMI bertujuan untuk mempersiapkan beberapa kertas kajian yang telah dihasilkan oleh para pensyarah MJII khususnya di Jabatan DKR,DKC dan DKM untuk dibentangkan di 4th International Conference on Engineering Technology and Technopreneurship(ICE2T) Conference pada bulan Ogos 2023. Perkongsian daripada pihak UniKL BMI yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zuhanis Mansor, Ts Dr Izanoordiana Ahmad, Dr Siti Marwangi dan Dr Faezah telah banyak membantu dalam merangka draf kertas conference bagi tujuan penerbitan dan pembentangan nanti. Hasil perkongsian teknik penulisan kertas kajian ini diharap dapat membantu para pensyarah MJII dalam menghasilkan kertas kajian pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dan turut serta dalam bengkel yang telah dijalankan ini.

by Norizam sensei

Thursday, March 30, 2023

Perasmian Pusat Kitar Semula MJII (Pusat 3R)

 












1. Nama Program: Perasmian Pusat Kitar Semula MJII (Pusat 3R)

2. Tarikh : 14-17 Mac 2023 

3. Tempat: Pusat Kitar Semula MJII

4. Penganjur: JK Teknologi Hijau dan MPP.

4. Sinopsis/keterangan:

Pusat Kitar Semula MJII ini diwujudkan bagi menambahbaik sistem pengumpulan barang kitar semula di MJII bukan sahaja untuk kegunaan kontraktor pembersihan, malah pelajar, staf, penduduk kuarter dan komuniti setempat turut boleh membuat pengasingan barang-barang dan diletakkan di Pusat 3R ini. Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Greening TVET menuju ke arah Kampus Rendah Karbon (Low Carbon Campus) menjelang tahun 2026. Bekas rumah sampah ini telah dibaikpulih dan ditukar imejnya kepada Pusat 3R oleh para pelajar MJII melalui MPP dengan mempamerkan situasi bersih dan ceria sebagai simbolik kepada fungsinya untuk menggalakkan aktiviti kitar semula demi menjaga kelestarian alam sekitar. Pusat Kitar Semula MJII ini telah dirasmikan oleh Pengarah MJII, Pn. Hjh Zarinah binti Idrus.

by Alifudin sensei

Minggu Aktiviti Pelajar 'Undoukai Week' Sesi Jan-Jun 2023

 












1. Nama Program: Minggu Aktiviti Pelajar 'Undoukai Week' Sesi Jan-Jun 2023

2. Tarikh :  13 Mac 2023 – 17 Mac 2023 

3. Tempat: Mara-Japan Industrial Institute (MJII)

4. Sinopsis/keterangan:  Sepanjang minggu ke 11 PDP, dari 13-17 Mac 2023, Minggu Aktiviti Pelajar bertemakan 'Undoukai Week' dengan kerjasama MPP, Kelab Jepun, Unit Pengajian Islam, Kelab Usahawan, JK Teknologi Hijau, Unit Kaunseling dan ramai lagi. Pelbagai aktiviti dan program direncanakan mendapat sambutan yang memberansangkan dari pelajar dan seluruh warga MJII antaranya Program Hari Kerjaya, Pertandingan Bahas Bahasa Melayu, Chinese Whisper, Program Pejam, Malam Islamik, Fit Cultural Fiesta, Pelancaran Pusat 3R, Gerai-gerai jualan pelajar dan banyak lagi. Program-program yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar bahkan mencungkil bakat dan potensi luar dari aliran akedemik sahaja. Penutup Minggu Aktiviti Pelajar diakhiri dengan Majlis Perpisahan Pengarah MJII, Pn. Hjh Zarinah binti Idrus.

by Khairulnisa sensei

Wednesday, March 29, 2023

Penghantaran Pelajar MJII Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Luar Negara

 






1. Nama Program: Penghantaran Pelajar MJII Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Luar Negara  

2. Tarikh :  15 Februari 2023 – 25 Februari 2023 

3. Tempat: KLIA & KLIA 2, Sepang, Selangor.

4. Sinopsis/keterangan:  Seramai 16 orang graduan MJII telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di beberapa Universiti di Australia dan New Zealand di bawah Program IPMA Excellent Sponsorship Programme (IESP) dan Program World's Top Universities (WTU) tajaan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. Semoga mereka sentiasa menjaga keselamatan diri dan menjaga nama baik negara , MARA, MJII, Keluarga serta berjaya dalam pengajian masing-masing.

by Najwan sensei

Slot Motivasi ”Tips & Trick in Learning Nihongo”

 





1. Program : Slot Motivasi ”Tips & Trick in Learning Nihongo” 

2. Tarikh : 3 Februari 2023 

3. Masa : 8:30 pagi - 10:00 Pagi

4. Penganjur : Unit Kaunseling dan Bimbingan 

5. Tempat : Surau Riyadussolihin

6. Peserta : Semua Pelajar MJII

7. Sinopsis/Keterangan : Slot Motivasi ”Tips & Trick in Learning Nihongo”yang disampaikan oleh Chief Executive Officer Kanaz Holding Sdn Bhd, En Hakimi Subri. Program anjuran Unit Kaunseling Dan Bimbingan ini telah dilaksanakan di Surau Riyadussolihin dengan tujuan utamanya bagi memberikan petua dan cara mempelajari bahasa Jepun di samping meningkat semangat dan motivasi untuk mempelajari bahasa Jepun berdasarkan pengalaman-pengalaman penceramah yang pernah menyambung pelajaran di Universiti Nagaoka, Jepun.

by Najwan sensei

Mesyuarat Perbincangan Bersama Japan Da’wah Centre Siri 2

 





1. Nama Program: Mesyuarat Perbincangan Bersama Japan Da’wah Centre Siri 2

2. Tarikh :  26 Januari 2023 

3. Masa :  10.00 pagi – 12.00 tghari

4. Tempat: Bilik Mesyuarat Sendai

5. Sinopsis/keterangan:  MARA-Japan Industrial Institute (MJII) menerima lawatan kedua daripada wakil daripada Japan Da’wah Centre & Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi menyambung perbincangan berkenaan program kolaborasi bersama iaitu Program Pertukaran Budaya MJII-JDC dan Study in Japan yang bakal diusahakan bersama

by Najwan sensei

Mesyuarat Perbincangan kolaborasi Bersama Hirose Electric (M) Sdn Bhd

 





1. Program : Mesyuarat Perbincangan kolaborasi Bersama Hirose Electric (M) Sdn Bhd 

2. Tarikh : 19 Januari 2023 

3. Masa : 11:00 Pagi – 1:00 Petang 

4. Tempat : Bilik Mesyuarat Sendai 

5. Sinopsis/Keterangan : MARA-Japan Industrial Institute (MJII) menerima lawatan daripada wakil daripada Hirose Electric (M) Sdn Bhd bagi membincangkan mengenai peluang-peluang kolaborasi di antara kedua-dua pihak seperti penempatan latihan industri, peluang kerjaya, program train & place dan lawatan industri.

by Najwan sensei