Thursday, August 25, 2011

Monday, August 22, 2011

KKTMB...Timbalan Pengarah (KPHEP)



22hb Ogos 2011, Encik Walid telah melaporkan diri di KKTM Beranang sebagai Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar) menggantikan Puan Hajah Siti Nor binti Abdul Rani.

KKTMB...Lawatan IKMKL bantu MQA






22hb Ogos 2011, satu rombongan dari IKMKL diketuai oleh Encik Aziz, Ketua Kursus Elektrik telah datang ke KKTM Beranang untuk menimba ilmu tentang persediaan penilaian MQA.

Rombongan telah diraikan oleh Puan Zalina mewakili Tuan Haji Nuriman untuk membantu pihak IKMKL. Antar perkara dan pengalaman yang dikongsikan bersama ialah cara menyediakan fail dokumentasi MQA dari Area 1 hingga Area 9.

Friday, August 19, 2011

KKTMB...Belajar C Programming





Salah satu subjek teras di dalam semester 3 ialah C Programming. Kelihatan ialah pelajar-pelajar kelas micro electronics sedang menyiapkan tugasan C Programming mereka dengan tekun.

KKTMB...Jamuan Berbuka Puasa





18hb Ogos 2011, sempena meraikan perpindahan C.C. Ishak, Badan Kebajikan Kakitangan telah mengadakan jamuan berbuka puasa bersama beliau di Dewan Makan 2 KKTMB.

Turut hadir ialah Pengarah KKTM Beranang, Tuan Haji Wan Sabri, Timbalan Pengarah
(HEA)Tuan Haji Nuriman dan Penyelaras Program Japan Associate Degree (JAD) Encik Arbaie.

Thursday, August 18, 2011

KKTMB...Majlis Perpisahan Kakitangan






Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan dua orang kuat KKTM Beranang yang akan bertugas di tempat baru.

Mereka ialah Puan Hajah Siti Nor binti Abdul Rani, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan dan Hal Pelajar) dan Encik Ishak bin Sharif, Ketua Kerani (CC).

Puan Hajah Siti Nor akan bertugas di KKTM Petaling Jaya dan Encik Ishak pula akan bertugas di Pejabat MARA Negeri Sembilan.

Kepada mereka berdua, selamat bertugas di tempat baru dan jika teringat pada KKTM Beranang...silalah jengok blog ini...Mina san Ganbatte kudasai.

KKTMB...Bubur Lambuk







Aktiviti membuat Bubur Lambuk bersama kakitangan dan pelajar KKTM Beranang.

KKTMB...Membuat Bubur Lambuk






Ahli Jawatankuasa Ihya Ramadhan 2011 KKTM Beranang diketuai oleh Ustaz Abdussamad telah mengadakan aktiviti membuat bubur lambuk.

Dengan dibantu oleh kakitangan dan pelajar KKTM Beranang, aktiviti dimulakan dengan acara menyediakan bahan-bahan perasa iaitu daging. Seterusnya 3 buah periuk besar disediakan untuk menghasilkan bubur lambuk.

Monday, August 8, 2011

KKTMB...Sesi Pendaftaran Pelajar JAD








08hb Ogos 2011, sesi pendaftaran pelajar baru JAD telah berjalan dengan lancar di Dewan Hyogo KKTM Beranang.

Sesi pendaftaran ini dilaksanakan oleh Petugas-petugas Yayasan Pelajar MARA dan mendapat bantuan dari Unit Pentadbiran KKTM Beranang dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KKTM Beranang.

Aktiviti selepas ini ialah Mengikuti Orientasi Pelajar Baru. Kepada pelajar-pelajar baru KKTM Beranang Ganbatte kudasai.

KKTMB...Pendaftaran Japan Associate Degree Program

08hb Ogos 2011, KKTM Beranang mencatatkan satu lagi sejarahnya yang tersendiri apabila hari ini ia akan menerima kemasukkan seramai 80 orang pelajar Program Japan Associate Degree (JAD).

Kepada yang akan mendaftar dan melapor diri, YOKOSO...Selamat Datang ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang.

Friday, August 5, 2011

KKTMB...OISCA Tamat Latihan








04hb Ogos 2011, satu majlis ringkas penyerahan sijil dan graduasi Kelas Bahasa Jepun telah diadakan. Seramai 26 orang pelajar OISCA telah menerima sijil bahasa Jepun daripada Puan Hajah Siti Noor Binti Abdul Rani, Timbalan Pengarah (HEP) KKTM Beranang.

Majlis juga disaksikan oleh Mr. Yoshimi Ota. Kepada pelajar-pelajar OISCA, omedetou gozaimashita dan kepada Fitrah sensei dan Iga sensei Arigatou gozaimashita...

Wednesday, August 3, 2011

KKTMB...Kursus Kendalian Alatan






01hb - 12hb Ogos 2011, Azeera sensei, Yusof sensei, Syakirah sensei dan Ezad sensei telah menghadiri kursus mengenalikan alatan yang baru diterima bagi subjek Electronics Devices.