1. Nama Program: Career Launch Pad Bersama PERKESO
2. Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
3. Tempat: TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute
4. Anjuran: Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am
5. Penglibatan: Pelajar Semester 5 TVETMARA MJII & 6 orang wakil PERKESO
6. Sinopsis/keterangan:
Program Career Launch Pad bersama PERKESO ini dimulakan dengan sesi ice breaking bagi menggalakkan interaksi dan membina keselesaan dalam kalangan peserta. Seterusnya, pelajar diberikan penerangan berkaitan peluang kerjaya serta persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadiri temu duga pekerjaan.
Program turut merangkumi sesi simulasi temu duga (Mock Interview) yang memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman temu duga sebenar dan mempraktikkan kemahiran komunikasi serta keyakinan diri. Selain itu, pelajar turut diberikan panduan untuk memuat turun aplikasi MyFutureJobs dan melengkapkan profil masing-masing sebagai persediaan mencari peluang pekerjaan.
Secara keseluruhannya, Program Career Launch Pad bersama PERKESO telah menjadi satu platform yang bermanfaat dalam membantu pelajar membuat persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan melalui kerjasama strategik antara MJII dan PERKESO bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan TVETMARA.
by Teacher Azlah

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment