Saturday, February 13, 2010

MJII...Pemergian Saudara Ali Khalid

13 Februari 2010, saudara Ali Khalid yang mengidap Leukimia sejak November 2009 telah pergi meninggalkan kita di MJII lebih kurang jam 10.50 pagi tadi di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Kelang.

Jenazah selamat disemadikan di kampung beliau di Kapar, Kelang selepas solat zohor.

Wakil sensei MJII yang sempat menziarahi keluarga beliau ialah Rosnani sensei, Azmin sensei, Rasudeen sensei, Norizam Sensei dan Ja'aris sensei. Turut berada di tanah perkuburan ialah sahabat beliau saudara Amirul Adha yang bergegas dari Teluk Intan.

Allahyarham adalah seorang yang periang, bekerja keras dan sentiasa fokus dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Kami di MJII berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama-sama mukmin yang beriman. Al fatihah...

Monday, February 1, 2010

MJII...Taiso...


Inilah aktiviti setiap pagi di MJII...
Radio Taiso...

Semua di Bahagian Akdemik terlibat termasuklah Timbalan Pengarah HEA, Ketua-ketua Jabatan, Sensei-sensei dan pelajar-pelajar MJII.

Senaman Taiso ini bukanlah satu aktiviti penderaan kepada kami di MJII tetapi satu aktivti keJepunan yang mahu diterapkan dalam alam pekerjaan pelajar-pelajar ini nanti.

Di kilang-kilang Jepun, aktiviti ini memang biasa dijalankan...bukan setakat kilang-kilang di Jepun sahaja tetapi hampir semua kilang Jepun di seluruh dunia ianya dijalankan pada waktu-waktu tertentu.

Antara lain ianya juga adalah untuk menentukan tahap kecergasan fizikal seseorang pekerja sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaannya pada hari-hari mereka bekerja. Bagi mereka-mereka yang kurang sihat atau kurang segar, biasanya mereka akan dielakkan dari melakukan kerja-kerja yang merbahaya.

Kepada warga kerja MJII, kami di akademik sudah melaksanakan Senaman Taiso setiap pagi, warga pentadbiran pula bila lagi?...

p/s: kepada Che Lin...komen anda pada bulan september yang lalu baru sahaja saya baca...berbanyak-banyak terima kasih...jasamu dikenang...