Tuesday, July 24, 2012

KKTMB...Kokurikulum Memanah

Dikendalikan oleh Yuraimi sensei, Saaban sensei dan Fauzi sensei...
24hb Julai 2012, sepetang bersama pelajar-pelajar kokurikulum Memanah KKTM Beranang.

Wednesday, July 11, 2012

KKTMB...MARA - OISCA Business Forum

sambungan...

KKTMB...MARA - OISCA Business Forum

Pada 7 Julai 2012, telah berlangsung satu majlis MARA-OISCA International Business Forum bertempat di Menara MARA, Kuala Lumpur. Program ini telah menjadi platform pertemuan di antara usahawan Bumiputra dan usahawan Jepun bagi mengembangkan perniagaan mereka. Pada malam tersebut, para pelajar dari KKTM Beranang telah dijemput bagi menyertai Dinner MARA-OISCA Business Forum 2012. Pelajar MARA-OISCA telah membuat persembahan Soran Bushi. Soran Bushi ini ialah satu tarian dari Jepun yang menceritakan tentang kisah nelayan dari pulau Hokkaido. Pelajar KKTM juga telah dilantik untuk menjadi penyambut tetamu VVIP dengan berpakaian lengkap Yukata.

Sunday, July 8, 2012

KKTMB...Pasukan Robocon 2012 berangkat.

08hb Julai 2012, pasukan Robocon KKTM Beranang diketuai oleh zainal sensei dan Khalid sensei telah berangkat ke KKTM Balik Pulau untuk menjalankan pengujian kepada robot KKTM Beranang. Mereka seterusnya akan berangkat ke Kuala Terengganu pada Rabu 18hb Julai 2012 untuk pertandingan Robocon 2012 peringkat kebangsaan. Minasan gambarimasu...

Friday, July 6, 2012

KKTMB...MARA Robot Competition 2012

sekadar mengimbau kenangan pertandngan MAROC 2012 di KKTM Balik Pulau yang lalu. KKTM Beranang mendapat tempat kedua. Tahniah...omedetou gozaimashita.