PROGRAM PEMERKASAAN KUALITI AKADEMIK & PENJAJARAN KURIKULUM IC DESIGN
Tarikh: 10 September 2026
Masa: 9.30 pagi
Penglibatan:
Prof. Madya Dr. Siti Noorjannah Binti Ibrahim (UIAM)
Puan Norhafizan Binti Mohd Hanib (TVETMARA MJII)
Puan Norhaida Binti Mustafa (TVETMARA MJII)
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
TVETMARA MJII terus memperkukuh kecemerlangan akademik dalam bidang Integrated Circuit (IC) Design menerusi Program Pemerkasaan Kualiti Akademik & Penjajaran Kurikulum IC Design yang memberi fokus kepada semakan dan penjajaran strategik silibus Program Diploma Teknousahawan, serta verifikasi soalan Peperiksaan Akhir Kursus IC Design (DFM30113).
Program ini diperkasakan dengan penglibatan Prof. Madya Dr. Siti Noorjannah Binti Ibrahim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selaku External Examiner Jabatan Mikroelektronik, bersama Puan Norhafizan Binti Mohd Hanib dan Puan Norhaida Binti Mustafa dari TVETMARA MJII.
Inisiatif strategik ini bertujuan memastikan kandungan kurikulum, kompetensi pelajar dan kaedah penilaian sentiasa relevan serta sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dan keperluan industri semikonduktor. Usaha ini merupakan antara langkah berterusan TVETMARA MJII dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang industry-ready, future-ready dan berdaya saing dalam ekosistem teknologi serta industri semikonduktor.
Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, berharap inisiatif ini dapat terus memperkukuh standard dan kualiti akademik TVETMARA MJII, meningkatkan kesepadanan kurikulum dengan kehendak industri serta memastikan graduan dilengkapi dengan kompetensi yang relevan untuk menghadapi perkembangan teknologi masa hadapan.
by sensei Azeera
.jpeg)
No comments:
Post a Comment