KOLABORASI STRATEGIK WEEROC, TVETMARA MJII & INKUBATOR IC DESIGN DALAM PEMBANGUNAN BAKAT DAN TEKNOUSAHAWAN SEMIKONDUKTOR
Tarikh: 14 September 2026
Hari: Isnin
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM), Cyberjaya
Penglibatan:
1. TPHEA: Hj. Mohd Nizam bin Ali
2. Ketua Jabatan DKM: Ir. Ahmad Mukhlis bin Mat Daud
3. Pensyarah Jabatan DKM, TVETMARA MJII
4. Wakil Weeroc Malaysia
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
Satu lagi peluang strategik dalam pembangunan bakat IC Design diteroka menerusi kolaborasi antara Weeroc, TVETMARA MJII dan Inkubator IC Design, dengan fokus kepada pembangunan kompetensi, penempatan industri serta pembentukan usahawan teknologi dalam ekosistem semikonduktor negara.
Weeroc, sebuah syarikat yang bermula di Perancis dan kini bertapak di Malaysia, membuka peluang kepada bakat muda tempatan untuk menjalani latihan industri serta membina kerjaya dalam bidang IC Design. Antara potensi kolaborasi yang dibincangkan ialah penempatan pelajar praktikal dan inkubator IC Design TVETMARA MJII di Weeroc, sekali gus memberi pendedahan secara langsung kepada persekitaran kerja profesional, teknologi serta pelaksanaan projek sebenar industri.
Keperluan industri terhadap tenaga mahir dalam bidang Analog dan Digital IC Design turut membuka prospek kerjaya yang luas kepada graduan. Kolaborasi ini diharapkan dapat menyediakan laluan yang lebih jelas daripada pembelajaran dan latihan industri kepada pembangunan kepakaran, kerjaya profesional serta keusahawanan teknologi dalam industri semikonduktor.
Kerjasama ini turut menandakan episod baharu hubungan Weeroc dan TVETMARA MJII dalam usaha membangunkan bakat serta teknousahawan IC Design tempatan. Penglibatan inkubator membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pembangunan projek industri dan pembentukan keupayaan perniagaan berasaskan teknologi.
Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, melihat pembangunan bakat dalam bidang IC Design sebagai satu keperluan penting bagi memperkukuh penyertaan tenaga mahir tempatan dalam rantaian nilai industri semikonduktor. Seiring dengan hala tuju tersebut, TVETMARA MJII berhasrat menyediakan laluan yang lebih luas kepada pelajar dan inkubator untuk memperoleh pengalaman industri sebenar, membina kepakaran serta meneroka peluang kerjaya dan keusahawanan teknologi.
Kolaborasi bersama Weeroc menjadi antara platform yang dapat menghubungkan pendidikan TVET secara langsung dengan ekosistem IC Design, khususnya dalam pembangunan Analog dan Digital IC Designer. Melalui pendedahan, latihan dan penempatan bersama industri, usaha ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai jurutera serta teknousahawan muda tempatan yang berkemahiran tinggi dan mampu memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan serta kemajuan industri elektronik dan semikonduktor Malaysia.
by sensei Azeera

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment