JARINGAN STRATEGIK TVETMARA MJII BERSAMA ADVANCED SEMICONDUCTOR ACADEMY OF MALAYSIA (ASEM) BAGI PEMERKASAAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN ELEKTRONIK SEMIKONDUKTOR
Tarikh: 14 September 2026
Hari: Isnin
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM), Cyberjaya
Penglibatan:
1. TPHEA: Hj. Mohd Nizam bin Ali
2. Ketua Jabatan DKM: Ir. Ahmad Mukhlis bin Mat Daud
3. Pensyarah Jabatan DKM, TVETMARA MJII
4. Wakil ASEM : Angel Low (GM), Mr. Louis Chee, Staff ASEM
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
TVETMARA MJII telah mengadakan pertemuan strategik bersama Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) bagi meneroka peluang pembangunan kompetensi, pengukuhan ekosistem inkubator serta jaringan industri dalam menyokong pelaksanaan Program Diploma Teknousahawan Elektronik Semikonduktor.
Pertemuan ini membuka beberapa potensi kerjasama, antaranya akses kepada lesen Cadence dan lesen Synopsys milik ASEM untuk kegunaan bersama termasuk inkubator TVETMARA MJII, serta cadangan penempatan pejabat inkubator TVETMARA MJII di ASEM Cyberjaya. Turut dibincangkan ialah peluang upskilling training dan industry attachment bagi inkubator TVETMARA MJII bersama syarikat dalam ekosistem ASEM.
Jaringan ini turut membuka ruang kepada pelaksanaan projek industri secara outsource daripada syarikat-syarikat di bawah ekosistem ASEM seperti Alpha Swift, Weeroc, Infinecs dan Oppstar, dengan peluang keutamaan kepada inkubator TVETMARA MJII. Satu sesi khusus antara ASEM dan inkubator TVETMARA MJII juga dirancang sebagai platform untuk pitching keupayaan, kepakaran, produk dan potensi perniagaan kepada syarikat-syarikat berkaitan.
Selain itu, syarikat inkubator TVETMARA MJII turut dijemput untuk menyertai dan menjadi pempamer dalam acara industri semikonduktor di KLCC pada Oktober 2026, sekali gus memberi peluang memperluas jaringan industri, mengetengahkan keupayaan syarikat inkubator serta meneroka potensi perniagaan dan projek baharu.
Pertemuan bersama ASEM ini menjadi antara langkah penting dalam memperluas ekosistem pembangunan bakat dan teknousahawan TVETMARA MJII, dengan menghubungkan latihan, teknologi, kepakaran dan peluang projek sebenar industri kepada pensyarah serta inkubator. Pendekatan ini turut menterjemahkan aspirasi Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk menjadikan TVETMARA MJII sebagai pusat pendidikan TVET yang berupaya menjadi penyumbang kepada pembentukan modal insan bertaraf dunia bagi kemajuan industri elektronik negara.
Melalui jaringan bersama ASEM dan pemain industri semikonduktor, TVETMARA MJII berpeluang membentuk persekitaran yang bukan sahaja membangunkan kemahiran teknikal, malah mendorong penghasilan usahawan teknologi, projek industri dan peluang komersialisasi yang mampu memberi nilai kepada ekosistem elektronik dan semikonduktor negara.
by sensei Azeera

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment