Wednesday, September 30, 2026

Lawatan Tapak Fasiliti 'Outdoor & Indoor' Bagi Pembangunan Fiber Optic Technology Excellent Centre (FOTEC)

 









1. Nama aktiviti: Lawatan Tapak Fasiliti 'Outdoor & Indoor' Bagi Pembangunan Fiber Optic Technology Excellent Centre (FOTEC)

2. Tarikh:  25 & 29 September 2026

3. Tempat: TVETMARA MJII

4. Synopsis/keterangan ringkas:


Lawatan ini dilaksanakan bagi menilai kesesuaian ruang, infrastruktur dan fasiliti sokongan bagi pembangunan sebuah pusat kecemerlangan teknologi gentian optik yang lengkap, sistematik dan berorientasikan keperluan industri.


Lawatan ini melibatkan Ts. Mohd Khairul Adzhar (Ketua Jabatan DKR), En. Mohd Akhimullah (Pegawai BKT), dua (2) staf daripada Eyesoft Technology Sdn. Bhd., Tc. Mohd Saiful Rieza (Penolong Jurutera TVETMARA MJII) serta empat (4) orang pensyarah Jabatan DKR. Penglibatan pihak pengurusan, teknikal, akademik dan industri ini bertujuan memastikan perancangan fasiliti FOTEC mengambil kira aspek teknikal, keperluan latihan, keselamatan serta amalan dan keperluan industri.


Lawatan ini memberi fokus kepada perancangan fasiliti dalaman yang merangkumi Makmal Amali Gentian Optik (Fiber Optic Practical Laboratory) dengan beberapa working bays bagi menjalankan latihan praktikal dan bilik pembelajaran turut dicadangkan sebagai ruang bagi pelaksanaan sesi teori, demonstrasi dan perbincangan berkaitan teknologi gentian optik.


Bagi fasiliti luaran, kawasan latihan akan dilengkapi dengan persekitaran latihan yang menyerupai infrastruktur rangkaian gentian optik sebenar. Fasiliti ini membolehkan pelajar dan peserta latihan menjalankan latihan berkaitan aerial fiber optic cable installation, underground fiber optic cable installation, cable routing, cable management, fiber splicing, fiber termination serta fiber optic testing and maintenance.


Hasil lawatan tapak akan digunakan sebagai asas bagi menentukan susun atur ruang, keperluan infrastruktur, spesifikasi teknikal, penempatan peralatan, laluan kabel serta keperluan keselamatan dalam pembangunan FOTEC. Pembangunan fasiliti ini diharapkan dapat menyediakan persekitaran latihan yang menyerupai keadaan kerja sebenar serta menyokong pembangunan kompetensi pelajar dan peserta latihan dalam bidang pemasangan, penyambungan, pengujian, troubleshooting dan penyelenggaraan rangkaian gentian optik.

by Sensei Siti Hajar

No comments:

Post a Comment