FYP TECHNICAL PROGRESS REVIEW & EXTERNAL EXPERT EVALUATION
Tarikh: 10 September 2026
Masa: 11.00 pagi
Penglibatan:
Prof. Madya Dr. Siti Noorjannah Binti Ibrahim (UIAM) – External Examiner
Pelajar Final Year Project (FYP), Jabatan Mikroelektronik, TVETMARA MJII
Pensyarah/Penyelia FYP, Jabatan Mikroelektronik, TVETMARA MJII
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
TVETMARA MJII terus memperkukuh kualiti pelaksanaan Final Year Project (FYP) menerusi sesi FYP Technical Progress Review & External Expert Evaluation yang melibatkan pelajar Jabatan Mikroelektronik bersama External Examiner, Prof. Madya Dr. Siti Noorjannah Binti Ibrahim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sesi ini menjadi platform penilaian profesional yang membolehkan pelajar membentangkan kemajuan projek, pendekatan teknikal, penyelesaian kejuruteraan serta pencapaian semasa. Pelajar turut menerima penilaian, maklum balas dan pandangan pakar bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuh kualiti teknikal projek sebelum memasuki peringkat akhir.
Penglibatan pakar luar ini turut memberikan pendedahan kepada perspektif akademik dan amalan profesional, di samping memperkukuh kemahiran komunikasi teknikal, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan keyakinan profesional dalam kalangan pelajar.
by sensei Azeera



.jpeg)
No comments:
Post a Comment