Friday, September 11, 2026

Industrial Collaboration for curriculum development for PCB, Professional Certification from industry and Training of Trainers (TTT) with Global Electronics Association (IPC) for Malaysia semiconductor

 






MESYUARAT PEMBANGUNAN KURIKULUM PCB, PENSIJILAN PROFESIONAL & TRAINING OF TRAINERS (TTT) BERSAMA GLOBAL ELECTRONICS ASSOCIATION (IPC)


Tarikh: 11 September 2026

Hari: Jumaat

Masa: 3.00 petang – 5.00 petang

Tempat: Secara Atas Talian melalui Microsoft Teams


Penglibatan / Panel Industri:


Dr. Ranee Ramya – Country Manager

En. Abdul Azim Othman – Operation Executive

Mr. Benjamin Lim – IPC Trainer

Wakil dan pensyarah (DKM) TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (TVETMARA MJII)


Sinopsis / Keterangan Aktiviti:


Pembangunan kompetensi berteraskan standard industri menjadi fokus dalam mesyuarat antara  TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (TVETMARA MJII) dan Global Electronics Association (GEA/IPC) bagi membincangkan pembangunan kurikulum Printed Circuit Board (PCB), pelaksanaan pensijilan profesional IPC serta program Training of Trainers (TTT).


Perbincangan memberi tumpuan kepada penerapan standard IPC dalam kurikulum Program Diploma Teknousahawan Elektronik Semikonduktor, meliputi ekosistem pembuatan elektronik seperti reka bentuk PCB, pemilihan bahan, fabrikasi, pemasangan dan pematerian, pemeriksaan dan kawalan kualiti, pengujian, kebolehpercayaan serta repair and rework.


Mesyuarat ini turut membincangkan peluang pembangunan tenaga pengajar melalui program TTT dan pensijilan profesional IPC, yang berpotensi meningkatkan keupayaan TVETMARA MJII dalam melaksanakan latihan berasaskan standard industri antarabangsa. Turut diketengahkan ialah program latihan seperti Safety for Electronics Manufacturing, ESD Control, Foreign Object Debris (FOD) dan Introduction to Component ID for Electronics Assembly.


Selain itu, peluang penyertaan dalam Malaysia Hand Soldering Competition 2027 turut dibincangkan sebagai platform untuk meningkatkan kemahiran teknikal, pendedahan kepada standard industri serta daya saing pelajar dalam bidang pemasangan dan pembuatan elektronik.

by sensei Azeera

No comments:

Post a Comment