Nama Aktiviti: AEON’s 42nd Anniversary Largest Kimono/Yukata Gathering
Tarikh: 26 September 2026
Tempat: AEON Mall Shah Alam
Penglibatan: Ahli Kumpulan Tarian Jepun dan Penyelaras Kelab Bahasa Jepun TVETMARA MJII
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
Pelajar daripada Kumpulan Tarian Jepun TVETMARA MJII telah menyertai Largest Kimono/Yukata Gathering bersempena dengan sambutan ulang tahun AEON yang ke-42. Program ini berlangsung secara serentak di 27 pusat beli-belah AEON Mall di seluruh Malaysia, dengan AEON Mall Shah Alam sebagai lokasi utama penganjuran.
Program ini merupakan usaha rasmi untuk mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Largest Simultaneous Participation Wearing Traditional Japanese Attire in an Event.
Dengan mengenakan kimono dan yukata, pelajar MJII turut memeriahkan perhimpunan yang meraikan keunikan budaya Jepun.Pelbagai pengisian bertemakan Jepun disediakan, antaranya persembahan kebudayaan, permainan tradisioanl Jepun,cabutan bertuah, seni kaligrafi Jepun (shodΕ) serta origami.
Penyertaan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali dan menghayati budaya Jepun secara langsung, berinteraksi dengan peserta lain serta membina keyakinan diri melalui penyertaan dalam program kebudayaan. Aktiviti ini turut menyokong usaha Kelab Bahasa Jepun TVETMARA MJII dalam memperluas pengalaman pembelajaran bahasa dan budaya Jepun di luar kelas.
by sensei Fazliani



.jpeg)


No comments:
Post a Comment