Wednesday, November 5, 2025

Program Kouza DKR 2025

 













Program: Program Kouza DKR 2025

Tarikh: 31 Oktober 2025

Anjuran: Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR), MARA Japan Industrial Institute (MJII)


Program Kouza DKR 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR) pada 31 Oktober 2025 merupakan inisiatif berterusan dalam menyemai budaya inovasi, penyelidikan dan kolaborasi dalam kalangan pelajar TVET.


Program ini melibatkan penyertaan 37 orang pelajar Semester 5 serta pelajar-pelajar dari Semester 1, 2, 3 dan 4, dan dilaksanakan melalui tiga komponen utama berikut:


1. Sesi Lawatan & Q&A

Pelajar-pelajar Semester 1 hingga 4 berpeluang melawat dan bertanya soalan semasa Demonstrasi Projek Tahun Akhir (FYP) oleh pelajar Semester 5. Aktiviti ini memberi pendedahan awal terhadap proses pembangunan projek dan menggalakkan budaya inovasi di peringkat awal pengajian.


2. Penilaian Projek Tahun Akhir (FYP)

Panel-panel penilai FYP DKR menilai setiap projek dari aspek keaslian idea, aplikasi teknologi, dan potensi impak kepada masyarakat serta industri. Projek terbaik akan dipilih untuk mewakili jabatan ke Pertandingan INNO-X MJII 2025.


3. Pemilihan Supervisor Projek Tahun Akhir

Pelajar-pelajar Semester 1, 2 dan 3 turut menjalankan sesi pemilihan penyelia projek (supervisor) bagi FYP mereka, mengikut bidang kepakaran dan minat projek masa depan.


Melalui pelaksanaan program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mempersembahkan hasil kerja dan menerima maklum balas profesional, tetapi juga dapat membina jaringan akademik serta meningkatkan kesedaran terhadap inovasi berimpak tinggi selaras dengan aspirasi MJII dan matlamat Pembangunan Lestari (SDG).


Program ini secara tidak langsung memperkukuh peranan Jabatan DKR dalam melahirkan pelajar yang berdaya cipta, berfikiran kritikal, dan bersedia menghadapi cabaran industri 4.0.

by Kj Azhar

No comments:

Post a Comment