Program: Boothcamp dan Pensijilan Mikrotik MTCNA bagi Pelajar Kelas Erai dan Kinben Sesi Jul-Dis 2025
Tarikh: 17 & 18 November 2025
Tempat: Mikrotik Academy, MJII
Penglibatan: Pelajar Kelas Erai dan Kinben sesi Jul-Dis 2025 seramai 36 orang.
Sinopsis:
Program Boothcamp dan Pensijilan Mikrotik MTCNA bagi pelajar Kelas Erai dan Kinben Sesi Jul–Dis 2025 telah berlangsung pada 17 dan 18 November 2025 bertempat di Mikrotik Academy, MJII. Seramai 36 orang pelajar telah terlibat dalam program ini sebagai usaha memperkukuh kompetensi teknikal dalam bidang rangkaian berasaskan Mikrotik.
Sepanjang dua hari pelaksanaan, para pelajar mengikuti sesi latihan intensif yang merangkumi teori, praktikal dan latihan penyelesaian masalah sebenar sebelum menduduki peperiksaan pensijilan. Hasil keseluruhan menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan, dengan 35 orang pelajar berjaya lulus dan hanya seorang pelajar tidak mencapai markah kelayakan. Purata pencapaian kelas turut menunjukkan prestasi yang baik, iaitu 82% bagi Kelas Kinben dan 85% bagi Kelas Erai.
Kejayaan program ini turut disumbang oleh komitmen dan kepakaran para trainer Mikrotik — Sensei Dzulhizzam, Sensei Ubaidullah, Sensei Azlin dan Sensei Nadiah — yang telah membimbing pelajar dengan penuh dedikasi. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan tahap kemahiran pelajar serta menyediakan mereka dengan pensijilan profesional yang relevan dengan keperluan industri semasa.
by Kj Azhar


.jpeg)

.jpeg)

No comments:
Post a Comment