Program : Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri Bersama Program Transmisi Data & Rangkaian Sesi Julai – Disember 2025
Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)
Tempat: MARA-Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor
Penglibatan : 3 orang pensyarah jabatan DKR, 10 orang pelajar Semester 4 (Showa) dan 1 orang pelajar Semester 5 (Kinben)
Sinopsis / Keterangan Aktiviti :
Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri bersama program Transmisi Data & Rangkaian (DKR) bagi sesi Julai–Disember 2025 ini dihadiri oleh En. Hazrul bin Muhammad daripada Petronas Digital Sdn. Bhd. Sesi ini dimulakan dengan sesi penilaian projek proposal pelajar sesi Julai–Disember 2025, di mana pelajar membentangkan idea dan konsep awal projek tahun akhir masing-masing. En. Hazrul telah memberikan maklum balas yang membina serta menekankan aspek kebolehpasaran graduan melalui penguasaan kemahiran teknikal dan komunikasi industri sebenar.
Sesi ini turut menekankan perbincangan penambahbaikan program yang berfokus kepada usaha meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan pelajar agar lebih kompeten, yakin, dan relevan dengan keperluan serta cabaran dunia pekerjaan sebenar.
Secara keseluruhannya, program Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil perbincangan dan maklum balas daripada panel industri memberikan panduan yang bernilai dalam usaha memperkukuh kualiti kurikulum serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Diharapkan jalinan kerjasama antara pihak industri dan program Transmisi Data & Rangkaian akan terus diperkasa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif, dan memenuhi keperluan industri masa kini.
by sens ei Hajar Raman



.jpeg)

.jpeg)

 
 
No comments:
Post a Comment