Tuesday, November 18, 2025

Gotong Royong Pembersihan Wasenta, Kafetaria dan Makmal serta Kelas Jabatan DKR

 










Program: Gotong Royong Pembersihan Wasenta, Kafetaria dan Makmal serta Kelas Jabatan DKR

Tarikh: 14 November 2025

Tempat: Wasenta, Kafetaria dan Makmal serta Kelas Jabatan DKR

Penglibatan: Pelajar-pelajar Jabatan DKR yang tidak menghadiri Taiso sepanjang sesi Jul-Dis 2025.


Sinopsis:

Program Gotong-Royong Pembersihan Wasenta, Kafetaria dan Makmal serta Kelas Jabatan DKR telah dilaksanakan pada 14 November 2025 bertempat di kawasan Wasenta, kafetaria, makmal dan bilik-bilik kuliah Jabatan Data Transmission & Network (DKR).


Program ini melibatkan pelajar-pelajar Jabatan DKR yang tidak menghadiri sesi Taiso sepanjang semester Jul–Dis 2025, sebagai inisiatif pembentukan disiplin, tanggungjawab kolektif dan pemerkasaan budaya kebersihan dalam kalangan pelajar.


Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan memastikan fasiliti jabatan sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif, tetapi juga menggalakkan kerjasama, komunikasi dan nilai saling hormat antara pelajar serta pensyarah. Melalui penyertaan ini, pelajar diberi peluang menunjukkan komitmen dan kontribusi terhadap persekitaran pembelajaran mereka sendiri.

by Kj Azhar

No comments:

Post a Comment