1. Nama Program: LAWATAN AUDITOR LUAR MARA PRICEWATERHOUSECOOPERS
2. Tarikh : 21 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
3. Masa : 9.30 pagi – 12.00 tghari
4. Tempat: BILIK MESYUARAT NARA
5. Sinopsis/keterangan:
Lawatan Penilaian Inisiatif Environment, Social and Governance (ESG) telah berlangsung dengan kehadiran dua orang Auditor Luar MARA dari PricewaterhouseCoopers (PwC) bersama dua orang staf Bahagian Perancangan Strategik (BPS) dan seorang staf daripada Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) MARA.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran pelaksanaan inisiatif ESG di MJII serta mengenal pasti ruang penambahbaikan selaras dengan keperluan Cadangan Penyediaan Kerangka ESG MARA.
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan serta pengenalan MJII yang disampaikan oleh Pengarah MJII, diikuti perkongsian pelaksanaan inisiatif ESG di MJII oleh Penyelaras MQS MJII. Pengurus PwC turut memberikan penerangan mengenai rangka kerja ESG yang akan dibangunkan untuk MARA.
Delegasi kemudiannya dibawa meninjau fasiliti utama MJII serta beberapa inisiatif hijau kampus.
Lawatan ini diharapkan dapat membantu memperkukuh pemahaman serta penambahbaikan dalam pelaksanaan Kerangka ESG MARA.
by sensei Haida









No comments:
Post a Comment