1. Nama Aktiviti: Segmen Integriti Siri 3
2. Tarikh: 21 November 2025 (Jumaat)
3. Tajuk : Bekerja Sebagai Ibadah: Menyemai Integriti Dalam Setiap Proses Kerja
4. Penyampai : YBhg. Ustaz Yusrizal bin Yusoff (Peguam Syarie)
5. Anjuran : J/Kuasa Anti Rasuah (JAR)
6. Tempat: Dewan Tokyo (TH4)
7. Penglibatan: Semua Kakitangan MJII
8. Sinopsis:
Ceramah “Bekerja Sebagai Ibadah: Menyemai Integriti Dalam Setiap Proses Kerja” yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Yusrizal bin Yusoff, seorang Peguam Syarie di Tetuan Yusnita Yusoff, Mohamed & Partners, menekankan bahawa setiap tugasan adalah amanah dan ibadah yang menuntut integriti, kejujuran serta disiplin. Beliau turut berkongsi pengalaman sebenar sepanjang kerjayanya dalam bidang guaman syarie, termasuk situasi yang menguji prinsip amanah, ketepatan fakta, ketelusan dan keberanian menolak kompromi yang boleh menjejaskan integriti. Perkongsian pengalaman profesional ini memberi gambaran jelas kepada peserta tentang bagaimana nilai integriti diaplikasikan dalam profesion berisiko tinggi dan impak besar sekiranya ia tidak dipelihara. Secara keseluruhan, ceramah ini berjaya meningkatkan kesedaran warga MJII mengenai hubungan antara etika kerja, tuntutan agama dan tanggungjawab profesional, serta mendorong mereka untuk mengamalkan integriti dalam setiap proses kerja harian.
by sensei Azeera

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


No comments:
Post a Comment