1. Nama aktiviti : CSR STEM & Apresiasi Ko-kurikulum Jabatan DKR di SK Beranang
2. Tarikh: 22 Nov 2025
3. Tempat: SK Beranang, Beranang, Selangor
4. Penglibatan: 1 orang pensyarah dan 20 orang pelajar Jabatan DKR Sem 1 (Kelas Same & Fugu)
5. Sinopsis:
Seramai 1 orang pensyarah dan 20 orang pelajar daripada semester 1 Jabatan DKR (Kelas Same & Fugu) telah menyertai aktiviti CSR STEM & Apresiasi Koko bertempat di SK Beranang.
Pelajar-pelajar ini telah bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar-pelajr SK Beranang dalam menyiapkan aktiviti STEM & aktiviti Ko-kurikulum seperti :
1. Pengenalan & aktiviti asas matematik Tahap 2
2. Melaksanakan aktiviti berasaskan sains seperti Giant Bubble & Healthy Master Chef
3. Menguruskan dan ’setup’ peralatan komputer dan telefon untuk perlawanan berasaskan aplikasi komputer dan internet seperti Mobile Legend
4. Menjadi fasilitator aktiviti sukan pelajar seperti kriket, bola jaring dan permainan ceper
Pelaksanaan aktiviti CSR STEM & Apresiasi Ko-kurikulum ini telah berjaya mencapai matlamat utama iaitu memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah rendah tentang kepentingan ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif. Murid-murid SK Beranang menunjukkan minat serta penglibatan yang sangat positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan seperti Giant Bubble, Healthy Master Chef dan aktiviti asas matematik.
Selain itu, aktiviti e-sukan dan pertandingan berasaskan aplikasi komputer telah berjaya memperkenalkan aspek teknologi maklumat secara tersusun serta meningkatkan kemahiran digital murid-murid.
Para pelajar Jabatan DKR juga telah menunjukkan tahap profesionalisme yang baik dalam mengendalikan peserta, menyusun atur peralatan, serta menguruskan perjalanan aktiviti dengan lancar. Secara keseluruhan, program berlangsung dengan jayanya dan mendapat maklum balas positif daripada semua pihak yang terlibat.
Pihak SK Beranang turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak MJII, khususnya Jabatan DKR, atas komitmen, masa dan tenaga yang dicurahkan oleh pensyarah serta para pelajar. Pihak sekolah juga turut menyerahkan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih komitmen pelajar terhadap program CSR ini.
by sensei Ubaidullah


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment