Program: Pensijilan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C & CA2C Pelajar Program Transmisi Data & Rangkaian Sesi Jul-Dis 2025
Tarikh: 19 & 20 November 2025
Tempat: TM Digital Academy, Cyberjaya.
Penglibatan: Pelajar Kelas Showa 10 orang, pelajar kelas Kinben 4 orang dan pelajar kelas Erai 1 orang bagi sesi Jul-Dis 2025.
Keputusan Pensijilan CA1C & CA2C:
Lulus CA1C: 9/13 (70%)
Lulus CA2C: 10/12 (83%)
Sinopsis:
Program Pensijilan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C & CA2C bagi pelajar Program Transmisi Data & Rangkaian Sesi Jul–Dis 2025 telah diadakan pada 19 dan 20 November 2025 bertempat di TM Digital Academy, Cyberjaya. Program ini melibatkan penyertaan seramai 15 orang pelajar, terdiri daripada 10 orang pelajar Kelas Showa, 4 orang dari Kelas Kinben, dan 1 orang pelajar dari Kelas Erai.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar mengikuti latihan intensif meliputi teori, asas teknikal, penyediaan sambungan fiber optik, teknik penyambungan (splicing), pengukuran serta penggunaan peralatan pengujian. Keseluruhan peserta kemudiannya menduduki peperiksaan pensijilan CA1C dan CA2C sebagai penilaian akhir kompetensi.
Keputusan menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan, dengan 9 daripada 13 peserta (70%) lulus CA1C dan 10 daripada 12 peserta (83%) lulus CA2C. Pencapaian ini merupakan rekod terbaik setakat ini, khususnya bagi pensijilan CA2C yang mencatat kelulusan melebihi 80%, sekali gus membuktikan peningkatan kompetensi teknikal pelajar dalam bidang fiber optik.
Jabatan DKR merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya serta penghargaan khusus kepada para pensyarah fiber optik — Sensei Siti Hajar dan Sensei Khairunnisa — atas usaha gigih, bimbingan teknikal dan komitmen mereka dalam memastikan kejayaan pelajar sepanjang program ini.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh pengetahuan dan kemahiran praktikal pelajar, seterusnya melahirkan tenaga kerja TVET yang lebih kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri rangkaian masa kini.
by Kj Azhar

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment