Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Saturday, November 22, 2025
Segmen Integriti Siri 3 : Bekerja Sebagai Ibadah: Menyemai Integriti Dalam Setiap Proses Kerja
Segmen Integriti Siri 2 : Integriti Teras Kejayaan: Meneladani Amanah dalam Perspektif Islam
1. Nama Aktiviti: Segmen Integriti Siri 2
2. Tarikh: 3 Oktober 2025 (Jumaat)
3. Tajuk : Integriti Teras Kejayaan: Meneladani Amanah dalam Perspektif Islam
4. Penyampai : Puan Haznita binti Hashim,
Ketua Penolong Pengarah, Unit Integriti MARA
3. Anjuran : J/Kuasa Anti Rasuah (JAR)
4. Tempat: Surau Riyadus Solihin
5. Penglibatan: Semua pelajar serta kakitangan MJII
6. Sinopsis:
Ceramah “Integriti Teras Kejayaan: Meneladani Amanah dalam Perspektif Islam” anjuran Jawatankuasa Anti-Rasuah MJII dan disampaikan oleh Puan Haznita binti Hashim, Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti MARA, menekankan kepentingan integriti dan amanah sebagai asas kejayaan individu dan organisasi menurut perspektif Islam, termasuk aspek kejujuran, akauntabiliti dan pencegahan rasuah. Penceramah turut mengadakan sesi kuiz untuk menguji kefahaman peserta, dan pelajar yang menjawab dengan betul menerima hadiah saguhati. Secara keseluruhan, program ini berjaya meningkatkan kesedaran, kefahaman dan komitmen warga MJII terhadap amalan integriti serta pembentukan budaya kerja yang beretika. Usaha seperti ini wajar diteruskan bagi memastikan budaya kerja beretika dan bebas salah laku terus diperkukuh di MJII.
by sensei Azeera
Friday, November 21, 2025
Latihan Pengungsian Bangunan MJII Kali Kedua Tahun 2025
1. Nama Program: Latihan Pengungsian Bangunan MJII Kali Kedua Tahun 2025
2. Tarikh : 12 November 2025
3. Tempat: Kediaman Pelajar dan Kuarters Staf MJII Beranang
4. Anjuran: AJK MERT MJII
5. Penglibatan: Staf MJII, pelajar MJII, OISCA & UNIKL JUP
4. Sinopsis/keterangan: Latihan pengungsian bangunan di MARA-Japan Industrial Institute (MJII) pada 12 November 2025 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelajar dan staf MJII,pelajar OISCA dan UniKL JUP. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dan memastikan prosedur kecemasan difahami oleh semua peserta. Penggera kecemasan dibunyikan pada jam 11:15 malam, diikuti dengan pengungsian teratur ke kawasan selamat, pemeriksaan kehadiran, serta taklimat keselamatan oleh AJK MERT MJII. Semua peserta berjaya keluar dalam masa yang ditetapkan tanpa sebarang insiden, menunjukkan keberkesanan latihan ini. Namun, beberapa penambahbaikan dicadangkan, termasuk membaiki penggera keselamatan dan memastikan alat bantuan penyelamatan mudah dicapai. Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya dan diharapkan latihan berkala dapat terus meningkatkan kesiapsiagaan warga MJII dalam menghadapi kecemasan.
by sensei Radzi
Thursday, November 20, 2025
Lawatan Industri Jabatan Electronics Measurement & Control ke Dynamic Traffic System Sdn Bhd.
1. Nama aktiviti: Lawatan Industri Jabatan Electronics Measurement & Control ke Dynamic Traffic System Sdn Bhd.
2. Tarikh: 20 Nov 2025
3. Tempat: Dynamic Traffic System Sdn Bhd, Rawang, Selangor
4. Penglibatan: 3 orang pensyarah dan 16 orang pelajar DKC.
5. Sinopsis:
Seramai 3 orang pensyarah dan 16 orang pelajar daripada semester 5 Jabatan DKC telah menghadiri lawatan industri ke Dynamic Traffic System Sdn Bhd. Lawatan ini disambut oleh beberapa kakitangan Dynamic Traffic System Sdn Bhd. Objektif lawatan ini bertujuan untuk memahami proses pengeluaran produk yang dilakukan di sana, mengeksplorasi peluang laluan kerjaya, mendalami program latihan industri yang disediakan bagi para pelajar dan juga bagi pelajar menjalankan field study ( experiences learning) bagi mendalami jenis- jenis transducer serta actuator yang diguna-pakai. Lawatan ini bermula dengan sesi lawatan ke bengkel kerja bagi melihat mesin dan alatan yang digunakan bagi penghasilan sesuatu produk. Seterusnya adalah perkongsian ilmu daripada jurutera syarikat yang menerangkan tentang sensor-sensor yang biasa digunapakai seperti loop sensor, radar dan AI camera dalam sistem traffic light, diikuti penerangan berkenaan Smart Traffic Light System yang menggunakan IOT dan Cloud adaptive learning. Terima kasih kepada pihak Dynamic Traffic System Sdn Bhd atas layanan dan penerangan yang sangat bermanfaat.
by sensei Syaaban
Pensijilan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C & CA2C Pelajar Program Transmisi Data & Rangkaian Sesi Jul-Dis 2025
Program: Pensijilan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C & CA2C Pelajar Program Transmisi Data & Rangkaian Sesi Jul-Dis 2025
Tarikh: 19 & 20 November 2025
Tempat: TM Digital Academy, Cyberjaya.
Penglibatan: Pelajar Kelas Showa 10 orang, pelajar kelas Kinben 4 orang dan pelajar kelas Erai 1 orang bagi sesi Jul-Dis 2025.
Keputusan Pensijilan CA1C & CA2C:
Lulus CA1C: 9/13 (70%)
Lulus CA2C: 10/12 (83%)
Sinopsis:
Program Pensijilan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C & CA2C bagi pelajar Program Transmisi Data & Rangkaian Sesi Jul–Dis 2025 telah diadakan pada 19 dan 20 November 2025 bertempat di TM Digital Academy, Cyberjaya. Program ini melibatkan penyertaan seramai 15 orang pelajar, terdiri daripada 10 orang pelajar Kelas Showa, 4 orang dari Kelas Kinben, dan 1 orang pelajar dari Kelas Erai.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar mengikuti latihan intensif meliputi teori, asas teknikal, penyediaan sambungan fiber optik, teknik penyambungan (splicing), pengukuran serta penggunaan peralatan pengujian. Keseluruhan peserta kemudiannya menduduki peperiksaan pensijilan CA1C dan CA2C sebagai penilaian akhir kompetensi.
Keputusan menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan, dengan 9 daripada 13 peserta (70%) lulus CA1C dan 10 daripada 12 peserta (83%) lulus CA2C. Pencapaian ini merupakan rekod terbaik setakat ini, khususnya bagi pensijilan CA2C yang mencatat kelulusan melebihi 80%, sekali gus membuktikan peningkatan kompetensi teknikal pelajar dalam bidang fiber optik.
Jabatan DKR merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya serta penghargaan khusus kepada para pensyarah fiber optik — Sensei Siti Hajar dan Sensei Khairunnisa — atas usaha gigih, bimbingan teknikal dan komitmen mereka dalam memastikan kejayaan pelajar sepanjang program ini.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh pengetahuan dan kemahiran praktikal pelajar, seterusnya melahirkan tenaga kerja TVET yang lebih kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri rangkaian masa kini.
by Kj Azhar
Wednesday, November 19, 2025
INNO-X JD2025 - FYP Based Innovation Competition
1.Nama aktiviti: INNO-X JD2025 - FYP Based Innovation Competition
2.Tarikh : 12 November 2025 (Rabu)
3.Tempat: Makmal Electronic Device 1 & 2, MJII
4.Penganjur : Jabatan Mikroelektronik
5.Penglibatan : Pelajar-pelajar FYP semester 5, Pensyarah-pensyarah dan ahli Panel Penilai Industri dan Institut
6.Sinopsis:
Seramai 30 orang pelajar semester akhir MJII telah terpilih menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi FYP MJII , INNO-X Jul-Dis 2025 ini. 3 orang ahli panel luar yang dilantik ialah Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rahimi Bin Baharom (Universiti Teknologi MARA Shah Alam), En. Khairil Mazwan Bin Mohd Zaini (MIMOS Berhad) dan En. Muhammad Faiz Ridzuan Bin Mohamad (Doktor Gadget). Manakala panel penilai dalaman MJII yang telah dilantik ialah Dr. Mohd Firdaus bin Kamuri, En. Mohd Alifuddin bin Mohd Jalani dan En. Nurulddin Ameir bin Ahmad.
Penilaian markah setiap projek adalah seperti berikut :-
a. Penilaian markah INNO-X oleh Panel Penilai Luar
b. Penilaian markah INNO-X oleh Panel Penilai Dalaman
c. Penilaian markah Anugerah Pengarah oleh TPKPHP.
Terdapat 6 kategori hadiah yang telah dipertandingkan iaitu 3 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa, 1 Best Video award, 1 Best Innovation Award dan 1 Director Choice.
a. Pemenang Anugerah Emas
i. Ahmad Salman Bin Mohd Burhanuddin-STM32 Training Kit: A Stem Educational Tool with Integrated Sensors, Peripherals And IOT Capability
ii. Muhammad Arief Irfan Bin Mohd Aznor-Solar-Powered Early Warning System for Flash Flood Using ESP32, Lora, Node-Red, Float Switch and Alarm Siren with Red Beacon Light
iii. Nur Rasyidah Aqilah Binti Ismaili-Integrated System for Weighing Recyclable Goods and Pricing Using ESP32, Load Cell Sensor, Database & Node-Red Dashboard
b. Pemenang Anugerah Perak
i. Harissa Afrina Binti Hazran-Movable Mattresses with Smart Two Stages System Using Eps32 and Database System
ii. Sophia Fahima Binti Hapizan-Automatic Metal Collection Robot Using Arduino Mega 2560 & Bluetooth Module with 5v Electromagnetic Bar
iii. Amirul Hafiz Bin Mohammad Khairi-Ping Pong Bat Rubber Cutter Using Electric Car Jack Control by Arduino Mega At 2560
c. Pemenang Anugerah Gangsa
i. Muhammad Fadhil Noor Bin Hairudin-Flooduino 3.0 : Flood Detection and Alert System Using Lora Communication
ii. Muhammad Adam Wafi Bin Mohamad Jani-Badminton Racket Grip Wrapping Machine Using Dc Motor Controlled by Arduino Mega 2560
iii. Nabil Aiman Bin Hairul Nizam-Waste Monitoring And Management Bin Using ESP32 Via Telegram
d. Pemenang Inovasi Terbaik
i. Muhammad Arief Irfan Bin Mohd Aznor-Solar-Powered Early Warning System for Flash Flood Using ESP32, Lora, Node-Red, Float Switch and Alarm Siren with Red Beacon Light
e. Pemenang Video Marketing Terbaik
i. Ahmad Salman Bin Mohd Burhanuddin-STM32 Training Kit: A Stem Educational Tool with Integrated Sensors, Peripherals and IOT Capability
f. Pemenang Anugerah Pengarah
i. Harissa Afrina Binti Hazran-Movable Mattresses with Smart Two Stages System Using Eps32 and Database System
by sensei Haida

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)




.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)















