1. Nama Program: Sesi Libat Urus Bersama Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin
2. Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)
3. Penglibatan: Warga kerja TVETMARA MJII
4. Anjuran : Jabatan Data Transmission & Network (DKR)
5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti :
Program dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa sebagai pembuka majlis. Seterusnya, Pengarah TVETMARA MJII menyampaikan ucapan pengenalan dan latar belakang serta hala tuju mjii secara ringkas kepada seluruh warga kerja. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian Anugerah Staf Terbaik Bulanan bagi bulan Julai 2026 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap prestasi, komitmen serta sumbangan staf kepada organisasi.
Selain itu, program turut diserikan dengan sesi ucapan perpisahan daripada Pn. Aike Nur Ismha dan penyampaian hadiah daripada jabatan-jabatan turut diadakan sebagai tanda kenang-kenangan. Sesi seterusnya memberi peluang kepada staf baharu TVETMARA MJII untuk memperkenalkan diri kepada warga kerja, sekali gus membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana kerja yang lebih mesra.
Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan komunikasi antara pihak pengurusan dan warga kerja, malah turut mengukuhkan semangat kekitaan, menghargai sumbangan staf serta mewujudkan hubungan kerja yang lebih positif dalam kalangan warga TVETMARA MJII.
by sensei Hajar


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


No comments:
Post a Comment