Thursday, August 27, 2026

Perkukuh Agenda Pembangunan 'Cleanroom' - USM Tinjau Nanomite Centre of Excellence

 






Perkukuh Agenda Pembangunan 'Cleanroom' - USM Tinjau Nanomite Centre of Excellence, TVETMARA MARA Japan Industrial Institute


Beranang, 27 Ogos 2026 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengadakan satu Lawatan Penandaarasan Akademik ke Nanomite Centre of Excellence, TVETMARA MARA Japan Industrial Institute.


Lawatan strategik ini bertujuan untuk meninjau prasarana, fasiliti, serta perkongsian kepakaran teknologi dalam usaha menyokong agenda pembangunan makmal bilik bersih (cleanroom) di USM.


Melalui lawatan penandaarasan ini, delegasi USM berpeluang meneliti amalan terbaik, sistem pengurusan, serta piawaian teknikal sedia ada di TVETMARA MJII. Langkah ini penting bagi memastikan perancangan dan pembinaan bilik bersih di USM memenuhi standard industri yang kompetitif, sekali gus memperkukuh aktiviti penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan elektronik bernilai tinggi.


Kerjasama antara kedua-dua institusi ini dijangka mampu memacu inovasi serta melahirkan lebih banyak tenaga pakar tempatan yang memenuhi keperluan pasaran teknologi masa hadapan.

by sensei Haida

No comments:

Post a Comment