Thursday, August 20, 2026

Mesyuarat Penyelarasan dan Penyerahan Projek CITRAN

 











Nama Program: Mesyuarat Penyelarasan dan Penyerahan Projek CITRAN

Anjuran: Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR), TVETMARA MJII

Tarikh: 12 Ogos 2026, Rabu

Masa: 10.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Bilik Okinawa, TVETMARA MJII

Penglibatan: 9 orang


Ringkasan


Sesi Penyerahan Bilik CITRAN dan Penyelarasan BQ Projek M&E CITRAN DKR telah diadakan bagi menyemak, mengesahkan dan menyelaraskan kuantiti serta skop kerja sebenar di tapak berbanding Senarai Kuantiti atau Bill of Quantities (BQ) asal.


Mesyuarat ini dilaksanakan susulan projek yang telah berada dalam fasa siap dan selesai. Sehubungan itu, sesi penyelarasan ini menjadi platform penting bagi memastikan semua kerja memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan untuk tujuan penyerahan oleh pihak kontraktor.


Dalam sesi ini, Bilik CITRAN telah diserahkan kepada pihak TVETMARA MJII, khususnya kepada Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR). Penyerahan ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha merealisasikan pembangunan CITRAN sebagai Center of Innovation and Training for Advanced Networking, sekali gus memperkukuh hala tuju Jabatan DKR dalam menyediakan fasiliti latihan yang lebih moden, berfokus industri dan bersedia untuk kegunaan pembelajaran masa hadapan.


Pelaksanaan sesi ini amat penting bagi memastikan skop kerja akhir projek adalah jelas, tepat dan selaras dengan kerja sebenar yang telah dilaksanakan di tapak. Selain itu, penyelarasan ini juga membantu melancarkan proses pengesahan kerja, semakan dokumen dan penutupan projek secara lebih sistematik.


Secara keseluruhannya, mesyuarat ini memberi impak positif dalam memastikan pelaksanaan projek direkodkan dengan lebih tersusun, telus dan berpandukan dokumen yang lengkap. Sesi ini juga memperkukuh koordinasi antara pihak TVETMARA MJII dan kontraktor bagi memastikan projek yang telah disiapkan memenuhi spesifikasi serta keperluan yang telah ditetapkan.


Melalui penyerahan Bilik CITRAN, Jabatan DKR terus komited dalam memastikan setiap pelaksanaan projek memberi nilai tambah kepada pembangunan fasiliti, keselamatan penggunaan ruang serta keselesaan pengguna pada masa hadapan

by sensei Azlin

No comments:

Post a Comment